KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti sebidang tanah sesuai untuk membina premis baru bagi menempatkan kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat kerana bangunan lama disahkan tidak selamat diduduki.
Tapak bangunan itu berhadapan dengan tragedi tanah runtuh Sabtu lalu, menyebabkan 16 orang terbunuh dan kawasan itu disyorkan tidak selamat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat supaya mencari tapak baru yang lebih selamat di sekitar kawasan berkenaan untuk didirikan premis atau bangunan untuk kemudahan anak-anak yatim dan kanak-kanak lain yang mahu mendalami ilmu agama.
Kata beliau, kerajaan negeri akan menawarkan tapak baru yang akan dikenal pasti itu kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia untuk dibina premis baru.
“Kita akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah,” kata Menteri Besar dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Khalid mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program-program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1.
“Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini,” kata Menteri Besar.
Mengenai anak-anak yatim di Madrasah al-Taqwa, Menteri Besar berkata, usaha sedang dijalankan untuk menempatkan mereka di sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor.
7 ulasan:
The current location is really unsafe for any development plans. Hope that the government will allocate a more suitable land for them.
The government must make sure not to approve nor allocate any lands that are unsafe to be developed to avoid this sort of problems in the future.
sememangnya tapak yang lebih sesuai dan selamat diperlukan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berulang.
diharap kerajaan negeri Selangor akan mendapat tapak baru untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa.
Semoga tapak yang lebih selamat dibagi kepada Rumah Anak yatim yang terkena runtuhan tanah ini.
tanah tapak yang sesuai dan selamat mmg perlu diberi kepada rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa.
saya harap selepas ini kerajaan akan menitik beratkan keselamatan bukan sahaja terhadap struktur bangunan malah turut mengambilkira aspek persekitaran.
Catat Ulasan