| Harakahdaily |
| PARIT BUNTAR: Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lebih daripada usaha Umno menipu rakyat untuk menarik sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ungkapan Mohd Shafie sebagaimana laporan media yang cuba mempertahankan kononnya apa yang sedang diperjuangkan Umno semuanya benar. Shafie menganggap rakyat sepatutnya cakna terhadap kebenaran bahawa sememangnya Anwar adalah bersalah terhadap tuduhan ketika dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. “Pemimpin Umno ini ternyata masih tidak serik dengan usaha berbohong terhadap rakyat Malaysia, pembohongan sebegini tidak sepatutnya berlaku di era maklumat dan persaingan langit terbuka dengan banyak media alternatif yang menjadi pilihan rakyat , maka rakyat perlu tolak pemimpin seperti ini. “Kenyataan Shafie saya lihat tidak lain dari usaha meyakinkan rakyat mengenai pelbagai isu dan fitnah yang timbul yang ternyata ditolak oleh rakyat,” kata Khalil. Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menempelak kenyataan Shafie Apdal bahawa pemecatan Anwar daripada kerajaan adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda Ketua Umum PKR itu menjadi Perdana Menteri. “Ini kenyataan yang sangat cetek, pemimpin yang cetek pemikiran tidak layak berada di kerusi untuk memimpin rakyat,” tegasnya. Justeru, katanya tidak hairanlah mengapa negara mundur di segenap lapisan dan sudut kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diterajui oleh individu yang mempunyai daya fikir yang lemah seperti Shafie. “Kenyataan sebegini bukan sahaja telah menggambarkan pimpinan BN ini sebagai individu yang cetek maklumat sebenar, bahkan lemah dalam kekuatan ilmu kerana kayu ukur hilang jawatan digambarkan sebagai tidak diredhai Allah SWT adalah hujah yang sangat lemah dan tidak relevan,” katanya. Sehubungan itu, katanya rakyat perlu bersedia dengan ilmu dan maklumat untuk berdepan dengan Umno yang cuba menjadikan rakyat lemah dan mudah diperdaya sebagai bekalan PRU 13 nanti. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 10 Mei 2011
Umno terus tipu rakyat untuk tarik sokongan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan