MALAYSIA KINI
Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam serta agensi-agensi penguatkuasaan berkaitan sentiasa mengadakan pemeriksaan atau serbuan terhadap pusat-pusat penyembelihan ayam bagi menentukan ianya memenuhi semua syarat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia bagi memastikan tidak wujud keraguan dalam kalangan umat Islam sama ada untuk membeli atau makan ayam.
"Kadang-kadang kita tengok pusat sembelihan ini menjadi isu panas yang dibincangkan. Jadi inisiatif yang diambil oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam sentiasa berterusan untuk memantau tempat-tempat sembelihan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bersama agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Semalam, sebuah kilang penyembelihan dan pemprosesan ayam segar di Bukit Mertajam diserbu kerana beroperasi tanpa mengikut hukum syarak termasuk tidak memisahkan ruang sembelihan untuk orang bukan Islam dan orang Islam serta tidak memiliki sijil halal.
Pada majlis berasingan, Jamil Khir menyempurnakan penyerahan kanopi masyarakat untuk tanah perkuburan Islam yang disumbangkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar Umno.
Beliau berkata ia merupakan sumbangan yang unik kerana pada kebiasaannya banyak pihak menyumbangkan van jenazah tetapi sekretariat itu memberikan kanopi sebagai kemudahan semasa pembacaan talqin.
Sebanyak 430 kanopi disumbangkan kepada tanah-tanah perkuburan terpilih.--Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia bagi memastikan tidak wujud keraguan dalam kalangan umat Islam sama ada untuk membeli atau makan ayam.
Semalam, sebuah kilang penyembelihan dan pemprosesan ayam segar di Bukit Mertajam diserbu kerana beroperasi tanpa mengikut hukum syarak termasuk tidak memisahkan ruang sembelihan untuk orang bukan Islam dan orang Islam serta tidak memiliki sijil halal.
Pada majlis berasingan, Jamil Khir menyempurnakan penyerahan kanopi masyarakat untuk tanah perkuburan Islam yang disumbangkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar Umno.
Beliau berkata ia merupakan sumbangan yang unik kerana pada kebiasaannya banyak pihak menyumbangkan van jenazah tetapi sekretariat itu memberikan kanopi sebagai kemudahan semasa pembacaan talqin.
Sebanyak 430 kanopi disumbangkan kepada tanah-tanah perkuburan terpilih.--Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan