| Harakahdaily
|
|
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konvensyen tersebut diadakan bertujuan menghurai dan memberi kefahaman kepada seluruh kepimpinan parti mengenai Konsep Asas Negara Berkebajikan sebagaimana Ucapan Dasar Presiden tahun ini Menuju Negara Berkebajikan. Katanya, konvensyen juga akan merumuskan sebuah rangka gerak kerja bagi melaksanakan ucapan dasar Presiden. Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaputamanya. Tambahnya, beberapa tokoh politik dan NGO akan turut memberi ulasan ucaputama itu, antaranya Dr. Mohd Noor Manuty (Ketua Penerangan PKR), Dr. Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP Kebangsaan) dan Azmi Abdul Hamid (Presiden Teras). “Huraian lanjut mengenai Konsep Negera Berkebajikan juga akan dibentangkan sebagai Dokumen Negara Berkebajikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub,” katanya. Katanya lagi, dokumen tersebut merupakan penjelasan berupa tawaran-tawaran PAS kepada rakyat, dan ia tidak lari dari Buku Jingga bahkan melengkapkan lagi tawaran-tawaran Pakatan Rakyat apabila diberi mandat memerintah negara. Jelasnya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akan hadir bagi menyampaikankan ucapan penutup dalam konvensyen tersebut. Katanya, peserta terlibat dalam konvensyen tersebut ialah semua kepimpinan tertinggi parti peringkat pusat, negeri dan kawasan-kawasan yang dijangka hampir 1,000 orang. Menurutnya lagi, para peserta akan berpeluang berdialog dengan pimpinan tertinggi parti dalam memahami Konsep Negara Berkebajikan yang menjadi tema utama PAS dalam Ucapan Dasar Presiden baru-baru ini. “Ia sekali gus bagi menangkis tohmahan Umno BN yang kononnya PAS lari dari hala tuju perjuangan apabila memperkenalkan Negara Berkebajikan,” katanya. Justeru, beliau meminta PAS semua negeri dan kawasan mengosongkan tarikh tersebut bagi memberi tumpuan menghadiri program berkenaan. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 23 Ogos 2011
Konvensyen Negara Berkebajikan tangkis tohmahan Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan