| Mohd Sabri Said
|
|
Menurutnya, mercu tanda amat penting kerana ia merupakan lambang keagungan yang ada serta menantakan siapa pemerintahanya. "Pembangunan yang diinginkan oleh Islam bukan bermegah-megah sebaliknya sekadar mercu tanda untuk menyenangkan rakyat mengenali pemerintahan yang ada. “Tetapi hari ini contohnya di Malaysia apa yang ada di Menara Kuala Lumpur atau Menara Petronas (KLCC) semuanya untuk menunjuk-menunjuk kepada dunia luar bahawa Malaysia kaya raya," tegasnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Konsep Asas Negara Berkebajikan' di Dewan kompleks An Nahdhoh, Penanti pagi tadi. Tambah beliau, lebih baik kekayaan yang ada ditaburkan kepada rakyat yang senantiasa menanti bantuan sebab golongan yang daif amat ramai. Jika sekiranya, Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya semua projek untuk bermegah-megah akan dibatalkan terus dan diganti dengan program kebajikan atau yang bermanafaat kepada umum tidak kira Islam mahupun bukan islam. Menjawab satu soalan peserta pada program 'Seminar Tarbiyah PAS Negeri' bagaimana caranya memilih pemimpin beliau menjawab pemilihan utama ialah golongan yang beramanah, tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil. Katanya, semua itu penting sebab jika kepimpinan yang dipiiih tidak bersikap begitu nescaya boleh membawa kerosakan kepada bangsa, negara dan agama. |
HALAMAN SANTAI
Ahad, 21 Ogos 2011
Pembangunan Islam bukan untuk bermegah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan