HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Ogos 2011

Pindah jika benci Melayu



PUCHONG - “Kalau dia tidak suka orang Melayu di Malaysia, dia boleh pindah ke negara lain,” kata Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman mengenai tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan, memperlekehkan institusi istana serta mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh dalam takzirahnya di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, minggu lalu.

“Dia kena berpijak di bumi nyata. Jangan semata-mata nak tunjuk alim sampai mencerca dan menghina orang lain, terutama ketua negara,” katanya.

Satim berkata, kerja dakwah perlu dilakukan secara bijaksana dan berhikmah, bukan dengan menghina dan mencerca orang lain.

“Kononnya dengan pakai serban, berjanggut panjang berbeza daripada dahulu artis, sekarang hendak menyalahkan institusi diraja dan perlekehkan orang Melayu.

“Orang macam ini kalau tidak suka kepada orang Melayu, silakan berpindah ke negara lain,”katanya.- Sinar Harian

Tiada ulasan: