HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Ogos 2011

RM2bil program NCO: Henti rundingan dgn Sapura, Nik Nazmi desak ATM

Nik Nazmi


Keadilan telah dimaklumkan bahawa sebuah projek besar sedang dirunding antara Sapura Secured Technologies Sdn Bhd dan Kementerian Pertahanan untuk memajukan NCO untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Keadilan telah dimaklumkan bahawa program NCO (Network Centric Operations) bermaksud untuk mengintegrasikan semua apliaksi system, pengesan, system arah dan kawal dan persenjataan dan dianggarkan bernilai lebih RM2billion untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun.

Kami memahami bahawa pihak ATM telah pun memiliki sistem yang hampir sama, yang dimajukan beberapa tahun yang lalu.

Apatah lagi, projek ini telah mendapat kritikan yang menyeluruh daripada anggota ATM sendiri, dan keprihatinan mereka tidak diendahkan oleh semua yang mengarahkan projek ini untuk diteruskan.

Apa yang lebih membimbangkan ialah Keadilan difahamkan bahawa projek ini sedang dirundingkan secara terus demi kepentingan Sapura. Kami juga difahamkan bahawa Sapura tidak memiliki kebolehan teknikal untuk melaksanakan projek ini, dan keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan projek ini wajar dipersoalkan.

Keadilan dengan ini mendesak Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk menghentikan perbincangan dengan Sapura tentang program NCO ini sehingga inkuiri penuh diadakan sama ada sistem baru ini benar-benar diperlukan untuk dibuat dengan kepuasan pihak ATM.

Kedua, jika program NCO ini benar-benar dibuktikan perlu untuk ATM, maka kami menggesa Kementerian Pertahanan untuk memilih pihak yang paling layak untuk melaksanakan projek ini menerusi proses tender terbuka.

- Nik Nazmi ialah ADUN Seri Setia dan Pengarah Komunikasi, PKR

Tiada ulasan: