PETALING JAYA: Wakil rakyat PAS bimbang tentang perbelanjaan besar-besaran kerajaan negeri Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said sejak tiga tahun lalu.
“Saya bimbang kerajaan negeri secara berterusan akan menanggung defisit kerana dalam tempoh tiga tahun ini beliau telah meluluskan RM6 bilion.
“Saya bimbang kerajaan akan menanggung bajet defisit,” kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam sidang dewan semalam.
Beliau berucap membahaskan anggaran perbelanjaan pembangunan tambahan pertama 2011 perbelanjaan 2011, pada persidangan DUN kedua penggal keempat, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
AJK PAS Pusat itu turut mendakwa kerajaan negeri memohon peruntukan tambahan bagi menampung keperluan bajet tersebut setiap tahun.
Rezab simpanan
“Dalam pembentangan bajet 2011 yang lalu kerajaan negeri telah meluluskan belanjawan hampir RM2 bilion ringgit.
“Saya juga pernah mempersoalkan, apakah ini satu bajet yang bijak, bajet yang bertanggungjawab?” tambahnya.
Syed Azman mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu menjelaskan kedudukan rezab simpanan negeri.
“Apakah berlaku peningkatan atau penguncupan serta berapa peratus yang telah diperuntukan setiap tahun.
“Saya juga ingin tahu bahawa keperluan (tambahan bajet) yang kita (kerajaan) bawa ini telah pun dikaji dan diteliti secara mendalam. Kerana kebimbangan saya mengenai ‘trend’ rezab atau simpanan kerajaan negeri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan