| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR: Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) kami akan meneruskan perjuangan Allahyarhamuha Dr Lo'Lo', bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, untuk membela nasib pemilik dan pewaris tanah Kg Baru. Pengerusinya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, SPKB adalah sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat Titiwangsa yang terdiri daripada pemilik tanah, pakar undang-undang, profesional, dan aktivis masyarakat yang selama ini memberikan sokongan kepakaran dan tenaga kepada Allahyarhamuha Dr Lo'Lo' untuk memastikan keadilan tertegak dalam usaha untuk membangunkan tanah Kg Baru. "SPKB akan terus wujud selepas pemergian arwah untuk memastikan harapan beliau dan rakyat tercapai," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, selari dengan hasrat rakyat, SPKB menuntut agar Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Baru 2010 (RUU PPKB) dimansuhkan. Beliau berkata, SPKB ingin menegaskan bahawa apa sahaja cadangan pembangunan Kg Baru selepas ini mestilah dilakukan secara telus dan jujur dengan pemilik dan perwaris tanah selepas meminta pendapat, mengambil kira pandangan, dan mendapatkan persetujuan mereka sebelum dikemukakan di Parlimen. Menurutnya, SPKB akan meneruskan program-program penerangan dan turun padang untuk menjelaskan kepada semua penduduk, perwaris dan pemilik tanah tentang cadangan pindaan kepada RUU PPKB yang dicadangkan kerajaan baru-baru ini. SPKB, ujarnya berpendapat bahawa cadangan pindaan tersebut sangat mengelirukan kerana ia tidak mengubah langsung RUU PPKB yang telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada 17 Disember 2010 yang lalu. Tegasnya, penduduk Kg Baru harus diberikan pemahaman yang jelas tentang perkara itu. "Allahyarhamuha YB Dr Lo'Lo' telah berjuang sepanjang hayat beliau sehingga ke detik yang terakhir. Pengorbanan beliau adalah untuk rakyat dan perjuangan beliau akan diteruskan," ujarnya lagi. Justeru, ujarnya SPKB mengajak semua pihak untuk mendoakan agar Allah memberikan sebaik-baik ganjaran kepada arwah dengan rahmatNya. |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 2 Ogos 2011
SPKB teruskan perjuangan Dr Lo’Lo’
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan