KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini telah menjelaskan layanan UMNO terhadap Ulama' di Negara ini boleh dikatakan seperti Ulama' Terompah.
Beliau menjelaskan, para Ulama' di Negara ini tidak diikhtiraf UMNO malah tidak diletakkan dalam kedudukan yang paling tinggi di dalam pentadbiran Negara.
“Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam.
“Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan ‘rice cooker’, kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik,” katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan