Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Mulai semalam, undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah bil 1662 yang telah berada di pasaran dengan tajuk ‘Dakwat Kekal, Bukan Biometrik'. Tajuk berita utama itu berikutan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat memberikan penegesan sebenar beliau berhubung dengan isu biometrik yang dimanipulasikan oleh sesetengah pihak. Bagi membaca kenyataan penuh, boleh baca Harakah cetak atau terus langgani harakah digital yang dikenali bagai 'elektronik paper' di alamat, http://epaper.harakah.net.my Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan. Untuk membuat undian, boleh terus kepada link http://myharakah.net. Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari lagi, manakala pada hari Rabu nanti, akan mengundi tajuk lain pula. Manakala keputusan undian bagi tajuk Harakah sebelum ini, ‘Dolak Dalik SPR’ meningkat sedikit kepada 96.43 peratus atau 486 daripada 504 undian bersetuju dengan tajuk tersebut. Terdapat 18 undian (3.57%) yang tidak bersetuju dan tiada (0 %) yang berkecuali atau tidak pasti. Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan juga undian-undian yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 1 Ogos 2011
Undian tajuk Dakwat Kekal, Bukan Biometrik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan