Tiga tahun yang lalu, Perdana Menteri Najib Razak telah memperkenalkan Indeks Prestasi Utama (Key Performance Index – KPI) untuk menilai prestasi kerja para Menteri dan Timbalan Menteri sejak beliau mentadbir kerajaan, namun sampai sekarang kita belum mendengar keputusan dari hasil penilaian itu.
Untuk itu, kita akan menjalankan penilaian atau penyeliaan kita sendiri untuk melihat apakah yang difikirkan oleh rakyat jelata terhadap para Menteri Barisan Nasional ini. Apakah mereka-mereka ini memang boleh bekerja? Atau apakah mereka ini jenis yang ‘makan disogok’ dan duduk di kerusi-kerusi empuk di Putrajaya? Patutkah mereka ini digantikan dengan potongan kadbod yang tidak mengeluarkan gaji dan belanja yang besar?
Menteri Malaysia yang paling ‘bijak’
Masalahnya sekarang, semua anggota Kabinet layak diletakkan di dalam penilaian kita ini. Maka saya terpaksa menghadkan kepada empat Menteri yang utama. Calon-calonnya ialah;
1. Rais Yatim: Kerana sikap dungunya yang telah bertahun-tahun terdesak untuk terus memegang jawatan dari satu kementerian kepada kementerian yang lain.
2. Hishamuddin Hussein: Kerana bercakap seperti ‘kaki di dalam mulut’, satu petanda yang beliau ada penyakit mental.
3. Joseph Salang: Siapa dia Joseph Salang ini? Beliau tersenarai di sini kerana memberikan kenyataan bahawa BN transparen dalam soal rundingan antara syarikat telekomunikasi dan maka itu Ananda Krishnan tidak perlu di soalsiasat. Hanya seseorang yang ‘goblok’ akan berkata begitu.
4. Samy Velu: Beliau turut tersenarai kerana masih menyimpan jawatan Kabinetnya dan segala imbuhan dan keistimewaan yang diterima walaupun secara hakikat beliau tidak lagi berada di dalam Kabinet.
Menteri Malaysia yang Tidak Cekap
1. Najib Razak: Kerana membawa ekonomi negara terus merudum menjadi Menteri Kewangan. Juga kerana tidak pandai mengira atau tidak meramal akan berlaku ketirisan ekonomi tahun hadapan.
2. Raja Nong Chik: Kerana leka memalu kompang sehinggakan ibukota Kuala Lumpur porak-peranda.
3. Muhyiddin Yassin: Kerana tiada jalan penyelesaian mengatasi kemelut sistem Pendidikan di Malaysia. Dan meminta rakyat jelata untuk berterima kasih kepadanya kerana mencapai matlamat ‘kosong’.
4. Koh Tsu Koon: Kerana tidak menyedari yang beliau sudah digantikan dengan Idris Jala.
Menteri Malaysia yang Tidak Berkata Jujur
1. Liow Tiang Lai: Kerana menyatakan yang Hospital Tung Shin Hospital tidak ditembak gas pemedih mata sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0.
2. Hishamuddin Hussein: Kerana menyatakan yang pihak polis telah menggunakan kekerasan secara minimal sedangkan foto dan video rakaman menunjukkan mereka bertindak ala-Waffen SS yang sedang gian ubat.
3. Rais Yatim: Kerana pelbagai dolak-dalik.
4. Najib Razak: Kerana pengumuman pelbagai jenis projek rakyat yang tidak pernah dan tidak akan wujud.
Para pembaca sekalian, anda ada 48 jam untuk mengundi.
[ Sebenarnya, kami mahu menyediakan satu sistem pengundian bagi mengira undi tetapi turut memikirkan yang para pembaca pasti mahu meninggallkan komen. Kami akan menyediakan plugs-in untuk penilaian ini jika perlu. Sementara itu, nikmatilah seadanya pilihan yang disediakan!] - Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan