Pengerusi bersama Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala itu sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan Islam.
Azmi (gambar) berkata sementara pihak berkuasa pernah mengeluarkan jumlah Muslim yang telah meninggalkan Islam, ia hanya sejumlah kecil daripada angka sebenar.
“Itu adalah apa yang dilaporkan. Yang tidak dilaporkan adalah sesuatu yang membimbangkan kerana kebanyakannya tidak dilaporkan,” kata beliau pada sidang media di akhir program Himpun yang hanya menyaksikan kehadiran sekitar 5,000 peserta.
Bagaimanapun tiada angka sebenar diberikan berhubung bilangan mereka yang keluar Islam.
Azmi berkata penganut Kristian Evangelical merupakan ancaman kepada Islam di Malaysia dan bertekad bahawa Himpun akan memastikan usaha mereka untuk menghapuskan Islam tidak akan berjaya.
“Musuh Islam adalah global. Islam menjadi satu masalah kepada kebanyakan gerakan Zionis Barat,” katanya.
“Ia satu hakikat yang diketahui umum. Ada orang yang melihat Islam sebagai satu sasaran,” katanya.
Terdahulu pihak yang berucap pada program Himpun mengaitkan kumpulan penganut Evengelical dengan gerakan Zionis global dan menganggap Islam sebagai halangan yang mesti diatasi.
Azmi menambah pihaknya ada bukti bahawa Evangelical sebenarnya aktif mahu menukarkan agama Muslim.
Bagaimanapun beliau tidak memberikan sumber maklumatnya.
Himpun dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan sayap kanan berhubung isu khusus murtad dan menentang pihak yang menyebarkan Kristianisasi.
Ia diadakan susulan insiden membabitkan Gereja Methodist Damansara Utama yang diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor awal Ogos lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan