Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: “Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Belia menyatakan demikian sebagai respons kepada isu air di Kelantan, seolah-olah negeri itu bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal, katanya Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia, bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan, ujarnya banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi dibawa kepada kerajaan pusat. Contohnya, kata beliau banyak bayaran pasport antarabangsa, setem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang dipungut daripada bumi Kelantan. “Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. “Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan,” ujarnya kepada Harakahdaily. Malah, katanya selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Tambahnya, hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan dengan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat. “Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai? Kenapa tidak dibantu sekarang?” soalnya. Justeru, beliau menyeru pemimpin BN menghormati keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih PAS. “Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihan raya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada?” tanya beliau lagi. Pada hal, katanya di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti di Sarawak dan Sabah. Baginya, pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan sama ada dari segi pembangunan dunia dan agama. Katanya, ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam. “Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman PAS memerintah kemudian naik kembali di tempat kedua pada tahun 2004,” katanya. Beliau menambah, walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010, jelasnya telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta kerana Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagai alternatif membekal air bersih. Beliau jga mempersoalkan kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Demokrasi bukan revolusi Katanya, Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi. Nampaknya, ujar beliau pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati. Beliau menambah, pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak PAS menang di Kelantan pada tahun 1990. Ujar beliau, bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan. “Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. “PAS yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insya Allah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang,” ujarnya. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 25 November 2011
Air Kelantan: BN tahu ambil, tak pandai beri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan