HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 November 2011

Asri bidas Hassan Ali kerana hina Islam: Adakah Injil lebih kuat?

Maria Begum, Malaysia Chronicle

Ulama Islam terkenal Asri Zainul Abidin membidas pemimpin PAS, Hasan Ali kerana memandang rendah kekuatan iman umat Islam selepas Hasan melahirkan kebimbangan sehari yang lalu dengan menyuarakan bahawa umat Islam boleh terpengaruh oleh orang Kristian yang menggunakan alat-alat berteknologi tinggi.

Asri, bekas mufti Perlis, juga membidas Hasan untuk membuktikan bahawa pengaruh Injil adalah lebih besar daripada Al-Quran

"Ia adalah satu penghinaan kepada umat Islam dan iman orang Islam. Seolah-olah umat Islam yang mendengar bacaan Al kitab akhirnya akan terpengaruh," kata Asri dalam satu kenyataan yang dikeluar pada hari Jumaat.

8 cara untuk menarik umat Islam

Hasan yang sering dilanda kontroversi telah membalas pertanyaan daripada ahli Umno Sungai Burung mengenai usaha yang dilakukan kerajaan negeri Selangor dalam menghentikan aktiviti memurtadkan umat Islam oleh orang Kristian.

Hasan memberitahu perhimpunan negeri Selangor bahawa terdapat 8 cara umat Islam boleh terjebak dengan agama Kristian. Salah satu-satu daripadanya dengan menggunakan alat tangan solar "audio Bible" yang digunakan untuk menyebarkan agama Kristian.

Menurut Hasan, JAIS yang dikawal oleh Umno telah menjumpai peranti audio tersebut semasa menjalankan penyelidikan ke atas kes memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Cara lain termasuk menawarkan bantuan kewangan kepada kumpulan yang terpinggir seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya. Hasan dan juga JAIS tidak dapat menawarkan apa-apa penjelasan tentang mengapa mereka tidak dapat mengatasi bantuan yang didakwa diberikan oleh orang-orang Kristian tersebut.

Cakap murah Hasan

Komen Hasan mencetuskan kemarahan pemimpin-pemimpin Kristian.

"Cakap-cakap murah. Di mana bukti anda? Sudah cukup undang-undang untuk menghukum orang-orang yang cuba memurtadkan umat Islam dan jika Hasan Ali mempunyai bukti, tunjukkanlah ia. Jangan hanya menuduh kerana ini tidak adil" ujar Rev ThomasPhilips, naib pengerusi MCCBCHST; kumpulan inter-faith kepada Malaysia Chronicle.

"Adalah sangat lucu bahawa orang ini boleh dengan sewenang-wenangnya menuduh seperti yang telah dia lakukan sejak beberapa bulan yang lalu. Dia cuba menakut-nakutkan orang Islam dengan mendakwa bahawa iman mereka dalam bahaya kerana boleh dipengaruhi agama Kristian," kata Bishop Paul Tan, ketua Gereja Katolik di Melaka-Johor

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: