| Hazayani Zakaria |
|
Agen-agen yang dimaksudkan ialah pejabat pos, bank, MYeg, Puspakom dan 1Komuniti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sepatutnya hanya berfungsi untuk urusan memperbaharui cukai jalan, lesen dan sebagainya. Penaja Giants, Thana Chew Ne Meng berkata, pelanggan lebih suka berurusan terus ke kaunter syarikat insuran yang dibuka di mana-mana berbanding wakil insurans kerana mendapat diskaun 5% hingga 25%. Ini katanya melanggar hak wakil insurans seperti yang termaktub dalam klausa 5.3 Perjanjian Antara Syarikat. "Giants meminta Perdana Menteri menyelesaikan masalah wakil insurans kerana pemberian diskaun 5% hingga 25% juga bagi insuran/Takaful Am yang tidak munasabah tanpa pengetahuan wakil insuran," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau hari ini mengadu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar selepas tiada maklum balas daripada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak memorandum berhubung perkara ini dihantar pada awal Oktober lepas. Beliau berkata, bank tidak seharusnya mewajibkan pelanggan memperbaharui insurans dengan mereka semasa proses permohonan pinjaman dan sepatutnya terus memberi geran kenderaan pelanggan sebaik sahaja permohonan dan pertukaran hak milik mereka selesai. Justeru beliau mencadangkan wakil insurans yang berdaftar dengan Giants diberi keutamaan untuk menjadi wakil Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) termasuk pelan insurans kenderaan bermotor yang baru mulai 2012. Katanya, tindakan ini lebih baik berbanding memberikan salinan urus niaga insurans MMIP yang diuruskan oleh pejabat pos kepada warga asing. Selain itu, tidak adil apabila kerajaan hanya memberikan keutamaan kepada dua syarikat insuran iaitu Multi-purpose Insuran Bhd dan Uni-Asia sedangkan syarikat insurans lain turut bersama MMIP. "Perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku kerana ia amat memalukan negara kita. "Dari mana kelayakan yang mereka ada berbanding wakil insurans yang sah dan ada sesetengah wakil insurans didapati boleh berurusan terus ke talian MMIP secara online. Kenapa perkara begini boleh berlaku?" soalnya yang ditemani Mahfuz sewaktu sidang media. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 21 November 2011
Gesa BNM tarik balik lantik agen insurans
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan