HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 November 2011

Giliran JPN di 'kerusi panas' PSC pula



Hazlan ZakariaJabatan Pendaftaran Negara hari ini dipanggil menghadap jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) untuk pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini.

Pada prosiding hari kedua yang terus dijalankan secara tertutup itu JPN dipercayai disoal mengenai pelbagai isu termasuk dakwaan pemberian Mykad kepada pendatang asing yang kemudiannya didaftarkan sebagai pengundi.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah yang pertama memberi keterangan kepada PSC dan memaklumkan bahawa daftar pengundi diambil dari rekod JPN.

azlanHari ini, pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusoff dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyambung keterangan mereka selama kira-kira dua jam.

Pengerusi PSC, Maximus Johnity Ongkili, ketika ditanya wartawan di bangunan parlimen memuji SPR kerana kesediaan mereka untuk tampil dengan maklumat yang diperlukan.

"Mesyuarat seterusnya pada 10 November dan kita akan panggil semula SPR dan JPN untuk membincangkan reformasi dalam daftar pemilih dan kelayakan menjadi pengundi,” katanya tanpa mahu menghurai lanjut.

Tiada ulasan: