HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 November 2011

KM S'wak nafi 100,000 Iban hijrah ke Semenanjung


MALAYSIA KINI

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud membidas seorang anggota pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana menyediakan angka yang tidak munasabah mengenai pekerja Iban berhijrah ke Semenanjung dan menuduh kerajaan mengimport pekerja asing dengan gaji yang rendah.

NONEBeliau bekata Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) perlu membuktikan pada sidang DUN akan datang mengenai dakwaan bahawa terdapat kira-kira 100,000 orang Iban atau satu pertujuh daripada jumlah 700,000 penduduk di negeri ini bekerja di tempat lain kerana ini satu penghijrahan bekalan buruh.

"Kira-kira 100,000 pekerja, setiap sebuah keluarga dengan lima orang, akan terlibat dengan penghijrahan 250,000 dan itu sangat serius dan tidak disedari (oleh kerajaan)," kata Taib, yang juga Menteri Kewangan ketika menggulung ucapan Rang Undang-undang Perbekalan bacaan kedua (2012), 2011 semalam.

Beliau berkata itu sebenarnya hanyalah igauan Wong membuat kenyataan melampau setelah beliau meminta penjelasan sama ada sebarang strategi dilaksanakan kerajaan bagi menarik orang Dayak dengan jumlah ramai yang mempunyai kemahiran sederhana bekerja di Johor dan Lembah Klang, kembali bekerja di Sarawak.

Sarawak telah mewujudkan banyak pekerjaan, khasnya untuk memenuhi keperluan perindustrian di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) daripada mengeksport bakat tempatan keluar, kata Taib, pergerakan penduduk Sarawak di seluruh dunia menunjukkan mereka mampu menyesuaikan diri dengan segera dalam dunia moden.

sarawak corridor of renewable energy score project 110208 launching"Hasrat kita ialah untuk mewujudkan sebanyak mungkin pekerjaan yang baik untuk rakyat kita agar penduduk Sarawak tidak payah meninggalkan negeri ini hanya untuk mencari sara hidup, jika mereka tidak mahu," katanya sambil menambah fenomena ini adalah keistimewaan biasa dalam ekonomi terbuka.

Ramai penduduk Sarawak dilatih di luar negara, yang juga dilihat sebagai satu cara mereka mencari nafkah pada mulanya dan ingin pulang tetapi memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya dahulu, kata beliau.

Taib berkata kajian tenaga kerja yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) baru-baru ini menunjukkan 58,200 pekerjaan baru akan diwujudkan oleh inisiatif Score menjelang 2015 atau 11,600 pekerjaan baru setiap tahun, termasuk 620 pada peringkat profesional, 1,700 (semi-profesional), 700 (kumpulan sokongan) dan 8,600 (peekrja am).

sarawak corridor of renewable energy score project 110208 mapMengenai perspektif ekonomi Sarawak, beliau berkata objektif utama negeri ialah untuk memastikan ekonominya terus tumbuh untuk menjana peluang perniagaan dan awam mencukupi.

Beliau berkata pertumbuhan mantap akan akhirnya datang daripada perbelanjaan kerajaan dan projek yang kukuh sebelum kerajaan boleh bergantung pada pelaburan swasta dari luar dan dalam negara.
- Bernama

Tiada ulasan: