HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 November 2011

KRAM : Golongan LGBTIQ Perlu Dibantu.

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), berpendapat golongan Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual, Intersexual and Queer (LGBTIQ) sebagai satu kelompok masyarakat yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

Ikram juga tidak menolak penganjuran Program Seksualiti Merdeka adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak dalam Islam dan fitrah kemanusiaan sejagat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial IKRAM, Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj berkata IKRAM menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi membantu golongan LGBTIQ ini dengan menawarkan kepakaran yang wujud dalam Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga IKRAM (PAKSI - IKRAM).

"Usaha hendaklah dilakukan oleh mereka yang pakar untuk mendampingi golongan LGBTIQ dan membimbing mereka agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan biasa dan tidak tersisih dari masyarakat.

"IKRAM insaf dan maklum tentang kewujudan segelintir kecil golongan manusia yang diciptakan Allah swt yang mempunyai permasalahan kecelaruan identiti gender kerana faktor biologikal, penderaan-penderaan fizikal, seksual, psikologi, emosi dan mental atau faktor-faktor persekitaran yang lain,"katanya dalam satu kenyataan media.

Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya 'Queer Without Fear' berlangsung sejak 1 Nov hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program yang kononnya berteraskan perjuangan hak asasi manusia(human right), menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

Khuatir dengan perkembangan ini, IKRAM juga bersedia untuk berdialog dengan pihak penganjur Seksualiti Merdeka bagi mencari jalan terbaik ke arah membangunkan negara yang maju dan sejahtera.

Tiada ulasan: