HALAMAN SANTAI

Rabu, 23 November 2011

Lantikan S/Usaha Mais Bukan Lagi Pengarah Jais

Oleh Hafizan Taib



SHAH ALAM - Pelantikan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bukan lagi secara automatik diperuntukkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas pewartaan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor( (Pindaan) 2011 pada 25 Ogos lalu.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, pewartaan tersebut dilakukan atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas beberapa peruntukan seksyen dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 diluluskan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 11 Julai lalu.

Dengan pewartaan itu, menurut Mohamad Adzib, pelantikan Setiausaha Mais boleh dibuat dengan kuasa Sultan atas nasihat Mais kepada mana-mana individu yang difikirkan layak dan bersesuaian.

"Setiausaha Mais sebelum pindaan ialah Pengarah Jais secara automatik dalam enakmen yang lama tetapi dengan pindaan tersebut dan telah diluluskan Setiausaha Mais bukan lagi Pengarah Jabatan Agama Islam (Selangor).

"Ini disebabkan kita mengambil kira faktor beban tugas dan tanggungjawab yang sedia ada pada Pengarah Jais," katanya dalam sidang media di Dewan MTES, Bangunan SUK di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jais, Marzuki Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Mohamad Adzib berkata demikian bagi mengulas usul Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor baru-baru ini berhubung rang undang-undang tersebut.

Tegasnya, Pengarah Jais mempunyai tanggungjawab berat dalam mengawal selia kira-kira 2,676 kakitangan yang bertugas di lapan bahagian di ibu pejabat dan sepuluh pejabata cawangan di daerah seluruh Selangor.

Jumlah ini tidak termasuk lebih 8,000 guru KAFA dan kakitangan yang bertugas di sekolah agama

Tiada ulasan: