HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 November 2011

Menteri kejar 'glamour', guru-guru jadi mangsa

Oleh SAFAR JUMAAT

DATANG seorang menteri, tukar satu dasar. Itu semua dibuat kerana bimbang, khttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjj7tJH6ah3J9j6zFd4eTQNmDB8yWQsB_wGrd0FX2WxIXbjCY3tYq4dBDGLUuulgLJVmKGpDABLGDMHc1ww-0rU-gIq4RNVsqV0TMkOxN724FRVEhvb3Gp3TU5-QPRvYMCrcqKvyBZJsGc/s1600/teacher31.jpgehadiran mereka di situ, tidak disedari oleh sesiapa dan tiada satu pun yang wajar dikenang – namun, mereka yang menjadi menteri ini tidak pula mengambil kira kesannya kepada guru dan pelajar, ekoran emosi mereka yang mahu dikenang sebagai seorang bekas menteri.

Inilah yang berlaku di Kementerian Pelajaran, yang pernah ditukar menjadi Kementerian Pendidikan dan dikembalikan kepada nama asal, Kementerian Pelajaran – kerana mereka yang datang di situ, memasang angan-angan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia – mesti melalui kementerian ini.

Apakah guru-guru dan bekas guru masih ingat cerita bank guru? Apa sudah jadi dengan bank guru ini? Apakah modalnya sudah habis digunakan atau masih tersimpan dan dijaga dengan penuh amanah?

Hari ini, Kementerian Pelajaran mahu guru-guru bekerja selama sembilan – sesuatu yang sepatutnya dipertimbangkan dengan semasak-masaknya kerana kesan jangka panjangnya tentu akan memberi kesan kepada murid-murid yang mereka didik.

Produk-produk yang ada sekarang, hasil didikan dari pelbagai gaya dan persembahan, menjadi guru-guru baru kini tidak bertindak sebagai seorang pendidik, tetapi mereka lebih kepada seorang pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab menjadi pendidik.

Dengarlah sungutan guru-guru besar dan guru-guru penolong kanan di mana-mana sekolah, mereka cukup tertekan dengan dasar Kementerian Pelajaran yang mengambil guru-guru secara KPLI, GSTT dan GST / Kafa yang tidak merasakan diri mereka tidak ada kena mengena dengan pentadbiran sekolah, sebaliknya mereka bekerja dengan cara mereka sendiri.

Tekanan yang guru-guru terima dari PPD dan PPN sudah cukup menyiksakan. Pelbagai kursus perlu mereka hadiri selain menjadi tanggungjawab memegang kelas masing-masing, tidak termasuk tugas Guru Kaunseling dan HEM yang terpaksa melayan pelbagai masalah murid-murid.

Melihat dari jauh, tugas guru ini boleh disisfatkan sebagai bekerja sekerat hari. Namun, guru-guru terpaksa menyediakan persediaan mengajar bermula dari rumah. Buku-buku kerja murid perlu ditanda dan mereka terpaksa membawa balik kerja-kerja ini untuk dibereskan di rumah.

Ini tidak termasuk guru ganti, yang terpaksa mengambil tugasan rakan sejawat kerana ada urusan di luar atau mesyuarat. Bagaimana dengan kegiatan mereka dalam Badan Kebajikan Guru, PIBG dan lain-lain?

Satu masalah paling besar guru-guru ini, apabila mereka naik pangkat dan bekerja di PPD atau PPN, termasuk yang ke Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran, biasanya mereka yang merancang untuk memberi bebanan baru kepada guru-guru kononnya menjadikan bidang perguruan ini sebagai suatu bidang yang lebih efisyen.

Hakikatnya tidak begitu. Guru-guru sudah banyak terbeban dengan pelbagai kegiatan di sekolah. Bagaimana dengan Mesyuarat Agung PIBG yang wajib mereka hadiri, Hari Sukan Tahunan Sekolah dan banyak lagi kegiatan termasuk Hari Anugerah Cemerlang – tidak menyebabkan Kementerian Pelajaran nampak bahawa guru-guru sudah terpenuh dengan tugasan hakiki dan sampingan.

Guru-guru yang tertekan dek kesibukan, akan mengalami tekanan perasaan. Suami isteri tidak dapat dilayan, anak-anak terbiar disebabkan kerja yang ditanggung masing-masing.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mungkin mahu melakukan semua ini kerana guru-guru perlu disibukkan dengan kerja agar mereka tidak boleh aktif berpolitik. Apa yang diketahui, kebelakangan ini, Kementerian Pelajaran sudah menyedari bahawa guru-guru tidak menyokong kerajaan dan mereka lebih mirip kepada parti pembangkang.

Itulah sebabnya, apabila Cikgu Normala Sudirman memilih PAS untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Dun (Johor) Tenang, 30 Januari 2011 yang lalu, suaminya dipindahkan. Walaupun itu bukan kerja Kementerian Pelajaran tetapi Jabatan Pelajaran Negeri Johor mungkin bertindak atas "arahan" orang di Kuala Lumpur.

Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin tentunya kecewa dengan tindakan guru-guru di Tenang yang khabarnya menyokong Cikgu Mala walaupun secara terbuka mereka kelihatan menyokong BN.

Lebih mengejutkan BN ialah dalam PRU 1999, guru-guru dikatakan berkempen secara terbuka menolak BN dan pelbagai teori cuba dibuat sejak Kementerian Pelajaran diketuai Dato' Seri Hishammuddin Hussein, namun guru-guru memilih untuk menolak BN.

Apakah guru-guru semua masih ingat bagaimana skim dua gaji diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran suatu ketika dahulu?

Jika Kementerian Pelajaran melakukan sesuatu tanja sebarang kajian, nescaya ia akan mengulangi isu PPSMI yang menelan ratusan juta ringgit duit hanya kerana "kegopohan". Ternyata keputusan memulakan PPSMI itu adalah keputusan silap dan ia merugikan.

Bagaimana dengan cerita makmal komputer dan pembekalan komputer? Apakah ia menguntungkan murid-murid atau ia hanya mengutungkan kontraktor yang membina makmal dan kontraktor yang membekalkan komputer?

Hakikatnya, mereka yang berada di Kementerian Pelajaran, khususnya Menteri Pelajaran melakukan sesuatu kerana mereka mahu memperlihatkan perubahan yang mereka lakukan.

Jadi, cadangan untuk mengadakan sekolah perintis untuk memulakan guru bertugas sembilan jam ini hanyalah sesuatu yang betul-betul mengarut kerana ia boleh dianggap sebagai "tukang jaga kambing sekandang atau penternak lembu feedlot" kata bekas Pengarah Pelajaran Perak, Dato' Adnan Ibrahim.

Manakala AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pula menyifatkan guru ini sebenarnya adalah pemandu ambulan ketika murid sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar ke luar sekolah, menjadi pegawai akaun dan kerani ketika di dalam kelas.

Sementara itu Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia, Mohamed Sabri Arshad pula meminta jika ia dilaksanakan juga, guru-guru mestilah dielakkan daripada bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ustaz Riduan Mohd Noor berpendapat, guru bukanlah tikus makmal yang boleh dijadikan bahan ujikaji terhadap keberkesanan sesuatu teori.

"Para guru adalah mereka yang sentiasa bereksperimen dengan kehidupan realiti dan bergelumang dengan dunia pendidikan," ujar Ustaz Riduan.

Tiada ulasan: