MALAYSIA KINI
Polis hari ini menyangkal dakwaan seorang wakil rakyat pakatan pembangkang bahawa mereka tidak mengambil tindakan terhadap 15 laporan polis yang dibuat seorang guru, yang mendakwa dikasari secara fizikal oleh bekas teman lelakinya.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sejak menerima laporan pertama pada Januari lalu, pihaknya telah membuka dua kertas siasatan.
"Bukan polis tidak ambil tindakan langsung, namun polis masih gagal mengesan suspek walaupun serbuan telah dilakukan di rumah suspek," katanya kepada pemberita selepas majlis tamat latihan Sukarelawan Simpanan Polis, di Georgetown.
Beliau mengulas dakwaan yang dibuat ADUN Batu Uban S Raveentharan semalam.
Antara lain, wanita berusia 29 tahun itu dalam laporannya mendakwa telah dipukul, dicekik dan dibakar rambutnya oleh lelaki terbabit selepas dia memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan yang turut menipu duitnya sebanyak RM15,000.
"Kita percaya memang terdapat unsur-unsur ugutan kepada mangsa dan menjadi tugas kita untuk menyiasat,"kata Abdul Rahim.
Beliau berkata laporan terakhir dibuat mangsa di Balai Polis Jelutong pada 16 Ogos lalu selain turut menyerahkan salinan gambar lelaki tersebut termasuk ugutan yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas.
Abdul Rahim berkata polis sedang memburu lelaki berusia 32 tahun itu bagi membantu siasatan.- Bernama
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sejak menerima laporan pertama pada Januari lalu, pihaknya telah membuka dua kertas siasatan.
Beliau mengulas dakwaan yang dibuat ADUN Batu Uban S Raveentharan semalam.
Antara lain, wanita berusia 29 tahun itu dalam laporannya mendakwa telah dipukul, dicekik dan dibakar rambutnya oleh lelaki terbabit selepas dia memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan yang turut menipu duitnya sebanyak RM15,000.
"Kita percaya memang terdapat unsur-unsur ugutan kepada mangsa dan menjadi tugas kita untuk menyiasat,"kata Abdul Rahim.
Beliau berkata laporan terakhir dibuat mangsa di Balai Polis Jelutong pada 16 Ogos lalu selain turut menyerahkan salinan gambar lelaki tersebut termasuk ugutan yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas.
Abdul Rahim berkata polis sedang memburu lelaki berusia 32 tahun itu bagi membantu siasatan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan