Amanullah Maideen
Menurut Presiden Mawar, Amanullah Maideen, cadangan pasaraya besar untuk membuka 500 pasaraya mini ini dilihat akan menjejaskan peruncit kecil kerana tidak mampu bersaing.
“Bagaimana seorang pelari kampung hendak bersaing dengan pelari Olimpik.
“Persaingan biarlah adil, pelari kampung menentang pelari kampung,” katanya ketika sidang media, hari ini.
Justeru dalam hal ini, beliau mengharapkan pihak kerajaan memandang serius isu ini kerana, ianya akan membawa banyak impak negatif kepada ekonomi peruncit kecil.
“Cuba bayangkan akibat daripada penutupan kedai runcit ini jika mereka gagal bersaing, mereka akan hilang sumber pendapatan,” katanya.
Beliau menambah, negara Thailand yang telah melaksanakan pendekatan ini akhirnya telah menjejaskan sumber pendapatan peruncit kecil di sana.
“Pada awalnya memang langkah ini dilihat baik untuk pengguna, tetapi akhirnya ianya akan mewujudkan monopoli sekaligus menjejaskan pendapatan peruncit kecil,” katanya.
Mengulas perkara sama, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, nilai kemanusian haruslah dijadikan perkara pokok.
Tambah beliau, jika perkara ini dibenarkan ianya akan menjejaskan kebajikan peruncit kecil.
“Memang kita mengamalkan dasar ekonomi terbuka, tetapi biarlah persaingan itu berlaku dengan sihat.
"Kerajaan haruslah menilai semula perkara ini jika ingin dilaksanakan juga dan jangan terlalu memikirkan keuntungan kerana peruncit kecil tidak mampu bersaing nanti," katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan