| Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan membelanjakan RM330,000 bagi bayaran untuk penghasilan tema Endless Possibilities.Perkara itu dimaklumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) pada sesi soal jawab lisan hari ini.
Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan bayaran tersebut telah dibuat kepada pihak mana, melainkan menyebut ianya adalah jumlah untuk keseluruhan bagi proses penghasilan tema itu.
Shahidan juga memaklumkan bawa tema tersebut dihasilkan selepas membuat kajian menyeluruh dan mendapatkan pandangan rakyat sebelum diputuskan oleh jemaah menteri.
Tema yang dilancar pada Januari 2013 itu sebelum ini dipersoal banyak pihak kerana didakwa sama dengan tema yang digunakan sewaktu kempen Eye on Mongolia pada Ogos 2011.
Ianya juga didakwa sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel pada April 2013 yang juga menggunakan tema sama.
Ditanya sama ada Malaysia meniru tema yang digunakan oleh Israel itu, menteri itu menafikannya.
"Kita tidak copy orang punya, orang yang copy kita. Perkataan mungkin kelihatan sama, tetapi semangat dan intipatinya berbeza," katanya.
Beliau juga memaklumkan, tema itu merupakan penjenamaan masa depan yang menggambarkan arah tuju dan matlamat negara.
Sehingga kini katanya, Malaysia masih mengutamakan tema Malaysia Truly Asia yang akan digunakan secara berterusan dalam menarik pelancong dan pelaburan ke negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan