HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 Oktober 2013

NGO Islam beri bukti Comango ke Geneva untuk ancam Islam

THE MALAYSIAN INSIDER

Taklimat Comango mengenai UPR ke Geneva minggu lalu di Kuala Lumpur. Gambar fail.Taklimat Comango mengenai UPR ke Geneva minggu lalu di Kuala Lumpur. Gambar fail.
























Sekumpulan NGO Islam hari ini memberikan bukti bahawa tindakan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva adalah untuk mengancam Islam dan mempromosi seks songsang walaupun dinafikan olehnya sebelum ini.

Pengerusi Pembela dan Ahli Delegasi Muslim (UPRo), Dr Yusri Mohamad mengulas kenyataan yang dibuat jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean sebagaimana yang tersiar dalam The Malaysian Insider sebelum ini.

Beliau berkata, ini adalah percubaan tidak jujur Comango untuk berdalih dan mengalih perhatian daripada hakikat sebenar bahawa laporan mereka memang mengandungi tuntutan yang mengancam kedudukan Islam dan mendokong budaya seks songsang.

 Comango adalah sebuah gabungan badan-badan NGO Malaysia yang dalam proses penubuhan telah menghantar laporannya ke Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Gabungan ini kebanyakannya terdiri daripada badan-badan pertubuhan bukan berasaskan Islam dan sebahagian besarnya tidak berdaftar sebagai NGO dengan rasmi.

Yusri memberikan senarai berikut sebagai bukti tujuan sebenar Comango itu.

1. Perenggan 1: Malaysia dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR).

Antara unsur yang terkandung di dalam ICCPR terdapat pada Perkara 18 iaitu berhubung hak kebebasan beragama. Implikasi penerimaan ICCPR ini bakal mengizinkan pemurtadan berlaku secara berleluasa.

2. Perenggan 6.1 : Berkenaan dengan Sexual Orientation and Gender Identity.

Implikasi daripada tuntutan mereka untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Kesan daripada pemansuhan seksyen ini nanti akan membuka pintu kepada mengiktiraf perkahwinan sejenis keranan perkara tersebut tidak dianggap sebagai jenayah lagi.

3. Perenggan 6.2: Berkenaan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputra.

Pematuhan terhadap International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (CERD) ini hanya akan menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular Barat yang memaksakan penafsiran istilah “racism” atau perkauman ke atas sesuatu negara berdaulat.

Hal ini mengenepikan tindakan domestik yang pada hakikatnya mengambilkira realiti dan sejarah serta aspek keagamaan dan sosio-budaya tempatan. Justeru tidak sepatutnya diberikan label negatif dan bersifat steoreotaip khususnya oleh media yang berniat jahat terhadap sesebuah negara.

4. Perenggan 9.1: mempersoalkan Kredebiliti Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah 

Antara unsur tuntutan yang mencabar kedaulatan islam adalah secara kepada khususnya perenggan 9.5 yang mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi”.

5. Perenggan 10.1: Perkara yang menyentuh berkenaan dengan kebebasan beragama dan kebebasan bersuara.

Secara jelas dan terang bahawa mereka mempersoalkan perkara yang berkaitan dengan agama Islam termasuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia.

Yusri berkata, laporan itu mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam.

Selain itu, katanya, hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak di bawah umur juga dijadikan isu hak asasi manusia.

"Proses UPR ini berlangsung setiap empat tahun sekali (kali pertama sejak 2009), maka adalah wajar sekiranya kerajaan Pusat, serta pertubuhan Islam (NGI) sentiasa meneliti tuntutan yang dikemukakan demi memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan berterusan serta dakwaan bertentangan terhadap kedudukan Islam dan realiti sejarah dan budaya masyarakat Malaysia," katanya

Tiada ulasan: