HALAMAN SANTAI

Ahad, 20 Oktober 2013

Umno kekal dengan orang presiden

Analisis OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Seorang lelaki menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar keputusan pemilihan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Oktober, 2013.Seorang lelaki menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar keputusan pemilihan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari























Pemilihan Umno semalam memberikan satu fakta penting - tidak ada apa yang berubah walaupun dengan sistem pemilihan yang baharu dan cakap-cakap tentang transformasi dalam parti nasionalis Melayu itu.

Barisan Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi hampir semuanya muka lama. Tidak ada yang baharu atau dengan idea baharu yang berjaya memecahkan kelab budak-budak tua Majlis Tertinggi Umno itu.

Tetapi akhbar Umno, Mingguan Malaysia hari ini tetap bercakap soal angin perubahan sedang bertiup dalam Umno  dengan mengambil contoh sokongan kuat yang diterima Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

 Anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 48 tahun itu menerima 91 undi, hanya sembilan undi di belakang Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang berjaya mengekalkan kerusi Naib Presidennya.

Adakah akan berlaku perubahan, memandangkan Mukhriz mewakili harapan daripada mereka sudah lama hidup senang di bawah kepimpinan Dr Mahathir? Adakah akan berlaku transformasi kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak?

Faktanya jelas, akar umbi Umno mengikuti apa yang pemimpin bahagian mereka kata, mengekalkan hampir semua mereka dalam pemilihan terkini parti.

Pada dasarnya tiada sebarang perubahan kepimpinan daripada bahagian kecuali mereka yang bersara atau yang kalah dengan teruk dalam pilihan raya umum lalu. Jeneral perang terus kekal daripada bahagian, negeri hingga ke pusat.

Pada dasarnya akar umbi Umno mengesahkan pengekalan status quo dan mereka gembira dengannya, dan jika ada pun sokongan kepada Mukhriz, ia adalah kerana ketidakpuasan hati kepada kepimpinan Tun Abdullah Badawi sebelum ini.

Ahli Umno akan terpedaya jika mempercayai cakap-cakap bahawa angin perubahan sedang bertiup melalui pemilihan parti itu.

Perubahan dalam Umno tidak akan berlaku jika bilangan muka baharu tidak melebihi muka lama dalam Majlis Tertinggi dan pemegang jawatan utamanya.

Jika purata pemimpin Umno sekurang-kurang 10 hingga 15 tahun dari umur nasional, perubahan terbaik yang boleh berlaku adalah beransur-ansur.

Harapan untuk parti itu berubah hanya boleh berlaku jika ahli yang lebih muda dalam Pemuda dan Puteri naik dengan cepat ke dalam hirarki parti dengan membawa agenda inklusif menggantikan mereka yang masih terikat dengan agenda sempit.

Sehingga ia berlaku, perubahan yang berlaku hanya merujuk kepada perubahan poket yang tertinggal semasa kempen untuk jawatan dalam parti itu.

Tiada ulasan: