PUTRAJAYA : Menteri Kanan
(Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa 10 Jun ini masih
tertakluk di bawah peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 (Akta 342) walaupun Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) bakal ditamatkan.
Malah, kata beliau, apa
sahaja tindakan yang dilakukan kerajaan adalah ia bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan semua pihak.
Kenyataan Ismail Sabri itu berikutan komen netizen yang menjangkakan
beliau akan mengeluarkan sekatan walaupun pengumuman berita gembira
diumumkan Perdana Menteri semalam.
"Saya baca komen netizen
yang kata walaupun "Abah" (Perdana Menteri) sudah umumkan sesuatu yang
menggembirakan, namun mereka yakin "Pak Long Mail" (merujuk pada beliau)
akan memberikan sekatan-sekatan.
"Mungkin petang nanti "Pak Ngah Hisham" (Menteri Luar, Datuk Seri
Hishammudin) pula akan lakukan. Apa akan dilakukan tidak lain ialah
untuk jaga keselamatan dan kesihatan tuan-tuan semua.
"Jadi
walaupun kita beri kebebasan namun walaupun PKPB akan berakhir, namun
PKPP masih tertakluk kepada Akta 342,'' katanya dalam sidang media
harian di sini pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan