HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Jun 2020

Pengharaman arak menjadikan peminumnya ketagih dadah?

Dr Ahmad Sanusi Azmi


Rakyat mesti dididik pilih Ahli Parlimen hormat prinsip Perlembagaan

SUKAR juga untuk memahami bantahan yang diketengahkan oleh Ahli Parlimen PKR (Padang Serai) ini. Menurut Malaysiakini, beliau dipetik berkata: “Kemungkinan cadangan tergesa-gesa ini mengakibatkan lebih ramai rakyat Malaysia ketagih kepada dadah sekiranya penjualan arak dilarang secara besar-besaran.”

2. Sebelum ini Ahli Parlimen DAP menyindir sinis cadangan pengharaman arak dengan mencadangkan pengharaman penjualan kereta kerana dikatakan kereta turut menyebabkan kemalangan berlaku seperti mana arak menyebabkan kemalangan.

3. Inilah yang rakyat harus sedari. Bahawa rakyat mestilah dididik untuk memilih Ahli Parlimen yang benar-benar berkelayakan, mempunyai aspirasi memperjuangkan hak rakyat serta menghormati prinsip Perlembagaan yang menjunjung agama.

4. Jika tidak, kita hanya akan mengulangi kesilapan yang sama, sehingga menjejaskan bukan sahaja kesejahteraan negara, bahkan mencetus kebimbangan serta kesusahan rakyat. Undi calon Muslim berwibawa.

Semoga Allah membimbing kita.

Tiada ulasan: