KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersilakan semua pihak menyemak segala kontrak, peruntukan dan lain-lain perkara untuk membuktikan dakwaan bahawa beliau makan rasuah.
Dalam ciapan di laman Twitter, Ahli Parlimen Muar itu menegaskan beliau percaya bahawa “Yang hak pasti berdiri, yang bathil pasti jatuh” .
“Saya persilakan untuk semak segala kontrak, peruntukkan dll untuk membuktikan bahawa saya makan duit rasuah.
“Bergembiralan mencari kerana saya tahu saya tidak dan tidak akan pernah mencuri duit rakyat,” katanya.
Beliau memuat naik kenyataan itu sebagai reaksi kepada ciapan Ciapan beliau itu sebagai reaksi kepada@Sir_Azri :
Aku tak sabar nak lihat @syedsaddiq pakai
baju oren tangan bergari macam ni. Macam mana dia anaiaya Aku hingga
Aku ditangkap dan disumbat ke dalam lokap 4 hari 3 malam. Yang Hak Pasti
Berdiri, Yang Bathil Pasti Jatuh. Kau tunggu masa Kau akan tiba Syed
Saddiq.
@Sir_Azri atau
Muhammad Azri turut memuatnaik foto dia memakai baju oren ketika direman
dilokap dipercayai berkaitan laporan polis dibuat Syed Saddiq menuduh
Muhammad Azri yang lebih popular dengan nama Papagomo mencederakan
beliau semasa penamaan calon PRK Semenyih.
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin menahan dua anggota Armada
yang merupakan sayap pemuda Bersatu bagi membantu siasatan dakwaan
penyelewengan wang parti itu.
Artikel berkaitan: SPRM rampas RM600,000 dari rumah 2 ahli Armada
Sebanyak RM600,000
dirampas dari kediaman dua anggota berkenaan dan siasatan diuat
berikutan laporan polis dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan
RM250,000 dari peti besi yang disimpan di rumahnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan