HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Jun 2020

Malaysia catat kes baharu positif Covid-19 terendah, tiada kematian

Kumara Sabapatty
MGF_Makmal04-681x454
Petugas hospital, Nik Zulia Asma Mohd Zaki melakukan ujian terhadap sampel cecair saringan orang awam bagi mengesan kes positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL

PUTRAJAYA – Malaysia mencatatkan kes baharu positif Covid-19 terendah setakat ini iaitu hanya tujuh kes dan tiada kematian direkodkan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 8,329 kes.

Katanya, hari ini terdapat 20 kes telah pulih dan dibenarkan discaj sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,694 kes (80.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Sehingga 8 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tujuh kes baharu yang telah dilaporkan. Ini merupakan jumlah kes terendah yang pernah dicatatkan setakat ini.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,329 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,518 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media perkembangan jangkitan semasa pandemik itu di sini.

Dalam pada itu beliau juga memaklumkan daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala lima kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan warganegara Malaysia.

“Perincian bagi lima kes penularan dalam negara di kalangan warganegara adalah dua kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-8294) di Sepang, Selangor;

“Satu kes saringan tempat kerja dari Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas, Sabah; Satu (1) kes saringan komuniti di Kota Kinabalu, Sabah.


Tiada ulasan: