HARAKAH DAILY
PAS menegaskan bahawa kerjasama politik terutamanya
bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
semakin mantap sekaligus berjaya memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional yang menjadi ‘kerajaan hari ini (government of the day).
Tanpa menghiraukan segala spekulasi pihak Pembangkang yang hanya berupa
perang psikologi semata-mata, PAS akan terus sama-sama komited
mendukung dan mempertahankan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional
pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin bersama barisan kabinetnya yang
terdiri dari semua parti-parti anggota.
Adalah suatu fakta yang jelas bahawa kerjasama politik antara PAS
dengan BN, khususnya UMNO, telah dimuktamadkan melalui pemeteraian
Memorandum Persefahaman pada 14 September 2019 sekaligus membentuk
Muafakat Nasional (MN).
PAS yakin parti-parti yang membentuk PN
telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan
persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan
pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU 15 meskipun tarikhnya belum
diputuskan.
DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan