Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kumpulan pertama melibatkan 450 PATI dihantar dengan tiga penerbangan ke tiga lokasi iaitu Jakarta, Medan dan Surabaya.
Katanya, ia diikuti kumpulan 445 PATI lagi pada 10 Jun ini ke destinasi yang sama.
"Selain itu, proses penghantaran pulang juga akan menggunakan jalan laut, dengan 1,294 PATI dijadualkan berlepas ke Medan pada 22 Jun ini.
"Saya difahamkan ada yang tidak mempunyai
dokumen dan kerajaan Indonesia akan membuat dokumen untuk menghantar
mereka pulang, mungkin menggunakan pas sehala untuk kembali dan ia
sedang diuruskan oleh Keduataan Indonesia," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan