HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Jun 2020

Selangkah ke tali gantung, kes pemandu mabuk disiasat ikut seksyen 302 akan dibincang

ohmymedia.cc

Ibu bapa kehilangan anak, anak-anak pula menjadi yatim piatu sekelip mata, inilah antara kesan daripada kemalangan yang berpunca daripada pemandu mabuk.

Antara kes yang paling baru, seorang pekerja kurier yang belum sempat merasa gaji pertamanya, telah dirempuh oleh seorang pemandu mabuk berusia 22 tahun, dalam kejadia 6 pagi semalam, di kilometer 34.2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur.

Ramai jadi korban pemandu mabuk

Setelah makin ramai nyawa insan tidak berdosa terkorban akibat onar pemandu mabuk, kini pihak kerajaan mengambil langkah drastik untuk membuat pindaan akta hukuman lebih berat.

Difahamkan, kini kerajaan sedang dalam perbincangan bersama dengan Jabatan Peguam Negara supaya kes yang membabitkan kematian angkara pemandu mabuk turut disiasat dan dituduh mengikut Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 302.

Seksyen 302 ini membawa kepada kesalahan menyebabkan kematian dengan sengaja ataupun Seksyen 307 iaitu cubaan membunuh dengan niat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata, usul untuk melakukan pindaan Akta 333 akan dilakukan segera dan dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawa ke persidangan Parlimen dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri juga berharap, Akta 333 ini dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain.

Sumber : Berita Harian

Tiada ulasan: