HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2009

Biar Proton tentukan masa depan sendiri

Neo Chee Hua


Biarpun di pasaran tempatan, kereta Proton menerima lebih penilaian negatif daripada pengguna. Beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai pengguna tempatan mengalih minat kepada kereta nasional kedua, Perodua atau jenama kereta yang lain. Kereta Proton pernah berada di puncak pasaran tempatan, dengan menguasai lebih 60% pasaran pada tahun 2002, jatuh merudum hingga 28% pada tahun 2008.

Angka ini melonjak ke 30% pada tahun 2009, lantaran pengeluaran kereta model baru. Tetapi, ekoran daripada pelaksanaan AFTA yang menurunkan cukai import kepada 5%, kereta Proton dijangka menghadapi kesukaran untuk kembali ke puncak pasaran. Selama ini, cukai import dilihat sebagai "pelindung" kepada kereta nasional.

Bahan lawak

Seandainya kerajaan ingin menggunakan F1 untuk mengubah persepsi pasaran terhadap kereta Proton, bahkan membuktikan nilai kereta nasional ini, maka ia perlu menjuarai sekurang-kurangnya satu kejohanan. Namun, dalam keadaan di mana sumber dan pakar teknologi yang terbatas, pasukan F1 "1Malaysia" hanya mungkin tampil sebagai watak sampingan.

Mungkin kita perlu berlega seandainya pasukan "1Malaysia" berjaya menghabiskan litar. Jikalau pasukan "1Malaysia" ini mengalas di tempat terakhir saban kali, atau terbakar di tengah perlumbaan dan terpaksa menarik diri, maka Proton akan mengaibkan Malaysia di seluruh dunia, dan menjadi bahan lawak.

Perkongsian strategi


Berbanding penyertaan F1, perkongsian strategi dengan syarikat kereta asing yang lebih tinggi tarafnya untuk mempertingkatkan teknologi automotif Proton, mungkin strategi yang lebih realistik.

Nissan dan Renault adalah contoh yang amat baik. Nissan dan Renault telah menandatangani satu perjanjian pada Mac 1999, memberi laluan kepada usahasama bukan sahaja dalam bidang pemasaran, produk dan pembuatan, memperkenalkan jenama dan network penjualan di seluruh dunia, malah berkongsi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Pada tahun 2002, Nissan-Renault mencatat penjualan 5,139,505 di seluruh dunia, iaitu 9.1% daripada pasaran kereta dunia. Lantaran itu, Nissan-Renault muncul sebagai antara lima kumpulan syarikat kereta yang terbesar di dunia.

Pada hakikatnya, perkongsian strategi tidak asing untuk Proton. Pada September 1985, semasa Proton secara rasminya menghasilkan kereta, usahasama wujud antara Proton dengan Mitsubisi. Proton menggunakan model, teknologi dan aksesori dari Mitsubisi. Misalnya, model Proton Wira berasal dari Lancer/Colt oleh Mitsubisi, malah model Proton Perdana pula berasal dari Galant/Eterna.

Namun, "usahasama" sedemikian sekadar "melekat jenama Proton pada kereta Mitsubisi", seumpama kerjasama antara Perodua dengan Daihatsu dan Kia. Untuk Proton, "perkahwinan" sedemikian tidak melibatkan penyelidikan dan pembangunan teknologi baru, bahkan tiada perkongsian mahupun pemindahan teknologi. Akhirnya, Proton gagal berdiri atas kaki sendiri.

Oleh itu, apabila rundingan "pakatan strategi" (strategic partnership) antara Proton dengan Volkswagen dimulakan, fokus ditumpukan kepada perkongsian dan pemindahan teknologi baru. Walaupun kedua-dua pihak mencapai persefahaman dari rangka usahasamanya, namun perundingan ini "tumbang" pada Januari 2006 apabila kerajaan enggan melepaskan saham majoriti kepada Volkswagen.

Setelah "tumbang"nya perundingan ini tidak membubuh noktah pada spekulasi. Spekulasi terbaru adalah Renault mungkin menggantikan VM sebagai pakatan strategik. Malah, DRB Hicom yang dikuasai usahawan terkemuka, Syed Mokhtar dan Kumpulan Naza yang diasaskan Allahyarham Nasimuddin SM Amin kelihatan "amat berminat" dengan Proton.

Proton boleh menawarkan kilang pembuatan keretanya di Tanjung Malim, sebagai kemudahan pemasangan "kereta import" kepada pelabur asing. Malah, pelabur asing tersebut kemudiannya boleh menikmati keistimewaan untuk mengekport ke pasaran ASEAN di bawah AFTA.

Namun, Dasar Automotif Negara yang bakal diumumkan, akan memberi lampu hijau kepada pelabur asing yang membuat dan memasang kereta di Malaysia untuk menerima layanan dan keistimewaan yang setaraf dengan Proton.

Dalam keadaan sedemikian, tidak banyak "modal" yang boleh dibawa oleh Proton ke meja perundingan. Mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan meletakkan "maruah negara", menyerah kepada Proton untuk menentukan masa depan sendiri

Tiada ulasan: