HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 September 2009

Puteri Umno Sabah wujudkan Kelab 'Sahabat Puteri'

BERNAMA


KOTA KINABALU: Puteri Umno Sabah akan mewujudkan kelab "Sahabat Puteri" yang bertujuan menarik lebih ramai golongan muda menyokong kerajaan sedia ada.

Ketuanya Musliati Moslimin berkata kelab Sahabat Puteri itu terbuka kepada golongan wanita muda dan lelaki tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan peringkat umur.

"Kami ingin menggalakkan mereka supaya samasama berkongsi pemikiran bagaimana untuk membangunkan negeri menerusi penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk belia," katanya pada majlis ramah mesra Puteri Umno Sabah bersama media sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka yang berminat boleh mendaftar terus dengan melayari laman web www.puteriumnosabah.net.

Sementara itu Musliati berkata Puteri Umno Sabah akan melancarkan secara besarbesaran program untuk penambahan anggota tahun depan, dan menurutnya Puteri Umno Sabah kini mempunyai 33,000 anggota.

"Sasaran kami ialah golongan muda yang berumur lebih 18 tahun dan kami juga akan membantu mereka mendaftar sebagai pemilih, sekaligus membantu usaha mengukuh kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya umum pada akan datang," katanya.

Tiada ulasan: