BERNAMA
KUALA LUMPUR- Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang berakhir di sini hari ini, meluluskan lima resolusi merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi, serta budaya.
Antara yang diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan yang hadir ialah meminta kerajaan menambah bilangan pengambilan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam.
Langkah itu akan memberi peluang kenaikan pangkat dan kebajikan dapat diberikan secara adil selain lebih ramai masyarakat daripada pelbagai kaum dapat menyertai sektor awam.
Bagi isu politik, perhimpunan agung itu juga meminta kerajaan melaksanakan sepenuhnya perubahan dan inovasi kepada struktur dan mekanisme pertadbiran Barisan Nasional (BN) supaya konsep perkongsian kuasa dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Parti itu juga menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ditawarkan oleh semua sekolah persendirian Cina selain menyediakan peruntukan kepada sekolah terbabit supaya lebih ramai pelajar yang berbakat dapat dipupuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan