KENINGAU KINI
KENINGAU: Majlis Daerah Keningau (MDK) pada Isnin melaksanakan tanggungjawab paling mencabar, apabila bertindak merobohkan penyambungan haram yang dilakukan oleh pemilik premis di Keningau.
“Mencabar kerana kita berhadapan dengan pelbagai kerenah yang berbaur ugutan,” jelas Pegawai Ekesutif MDK, Alfian Koroh.
Sejak Jumaat lalu, Unit Penguatkuasa MDK memulakan operasi merobohkan penyambungan bangunan, dalam usaha menguatkuasakan undang-undang kerajaan tempatan di sini.
Sebuah kelab malam diantara yang terlibat dan pernah beberapa kali diberi amaran, tetapi diabaikan sehingga tarikh penguatkuasaan itu dilaksanakan.
Menurut Alfian, MDK berhadapan dengan dua situasi mencabar ketika melaksanakan penguatkuasaan undang-undang;
“Kami dicemuh apabila membiarkan, dan diugut apabila melaksanakan undang-undang,” jelasnnya dan menambah, kerja penguatkuasaan menjadi lebih rumit apabila masyarakat mengambil pendirian untuk mencipta undang-undang sendiri.
Sekurang-kurangnya 40 peratus pemilik permis di bandar kecil Keningau, mengubahsuai permis mereka dengan membina penyambungan / tambahan atau mengubah struktur permis secara haram.
Kegiatan itu berleluasa sejak lebih 10 tahun yang lalu, tanpa sebarang pematuhan notis amaran.
“Mereka yang berdegil menjadi ikutan pemilik permis yang lain, dan akhirnya MDK diletakkan sebagai pihak yang tidak menjalankan tugas,” jelas pekedai yang menyokong tindakan penguatkuasaan MDK itu.
Alfian berkata, MDK akan menjalankan penguatkuasaan itu berdasarkan senarai premis yang telah dikenal pasti. “Tidak ada kompromi,” jawabnya kepada soalan wartawan.
Tindakan meroboh itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan segelintir pemilik premis, namun Alfian bertegas dengan keputusan untuk tidak mengecualikan sesiapa pun.
“Kita beri peluang kepada mereka (pemilik premis) yang telah tersenarai untuk membuka penyambungan-penyambungan sebelum Unit Penguatkuasa tiba untuk menjalankan tanggungjawab,” katanya.
Pegawai Ekesutif itu menekankan, tindakan meroboh itu tidak bermaksud lain, tetapi berpaksikan penguatkuasaan undang-undang.
“Kita kena hormati undang-undang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan