PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menerima peruntukan berjumlah RM150 juta dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama (PRE 1) pada 4 November 2008 lalu, didapati gagal menerima pulangan baik ekoran pemilihan lokasi perniagaan yang kurang strategik.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, lokasi yang dipilih gagal memberi pulangan dalam jangka masa pendek memandangkan kedua-dua tempat itu baru dibangunkan.
Kedua-dua kawasan itu membabitkan premis perniagaan yang dibeli MARA di kawasan pembangunan Baru Bandar Sri Indah Tawau Sabah dan rumah kedai di Taman Puteri Jaya Sungai Petani, Kedah.
"MARA telah menerima peruntukan sejumlah RM150 juta di bawah PRE 1 untuk perolehan premis perniagaan dan meneruskan Program Pembiayaan Perniagaan. Melalui peruntukan ini, sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan kepada MARA bagi menambah premis perniagaan dan sejumlah RM100 juta bagi meneruskan Program Pembiayaan Perniagaan.
"Lawatan Audit negeri Sabah dan Kedah mendapati dua premis perniagaan yang dibeli oleh MARA di Tawau dan Sungai Petani mendapati projek perumahan di sekitar premis telah siap dibina dan didiami.
"Pada pandangan Audit lokasi telah dipilih tidak dapat memberi pulangan perniagaan untuk tempoh jangka pendek disebabkan kedua-dua baru dibangunkan. MARA perlu memantau keberkesanan pelaksanaan program pembiayaan dan perolehan di tempat strategik supaya matlamat di bawah PRE 1 tercapai," demikian menurut laporan audit yang dipetik FMT.
Dalam pada itu, sehingga 31 Disember 2009 lalu MARA telah memperoleh 158 unit premis perniagaan bernilai RM48.30 juta di seluruh negara manakala baki sejumlah RM1.70 juta tidak dibelanjakan.
MARA telah memperuntukkan wang itu bagi pembelian ruang niaga di Bukit Tinggi Klang, Selangor.
Walau bagaimanapun, sehingga Mac 2010, hanya 50 daripada 158 premis memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) telah disewakan.
Lulus pinjaman ikut kemampuan MARA
Menurut semakan itu juga, mendapati kelulusan pemberian pinjaman di peringkat pejabat MARA Negeri dan Daerah telah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon tanpa mengambil kira kedudukan peruntukan kewangan badan berkanun itu.
"MARA telah meluluskan pinjaman sejumlah RM59.09 juta kepada pejabat MARA negeri dan Daerah di negeri Sabah, Kedah, Johor, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan sebelum peruntukan PRE 1 diterima pada bulan April 2009.
"Peruntukan untuk membiayai pinjaman berjumlah RM0.18 juta yang telah diluluskan pada 2007, sejumlah RM10.11 juta pada 2008 dan RM48.80 juta setakat bulan Mac 2009," demikian menurut laporan itu.
Audit berpendapat, permohonan pembiayaan hendaklah diluluskan berdasarkan baki peruntukan kewangan sedia ada bagi memastikan pembiayaan dapat disalurkan kepada peminjam pada masa yang ditetapkan.
Malah kelewatan pengeluaran pinjaman akan menyebabkan operasi perniagaan peminjam terjejas atau peminjam mengambil masa yang lama memulakan perniagaan.
Pihak Audit mendapati sehingga 31 Disember 2009, kesemua peruntukan berjumlah RM100 juta telah dikeluarkan kepada 2,836 peminjam di bawah Program Pembiayaan Perniagaan.
Pembiyaan tertinggi dikeluarkan kepada peminjam di Sabah sejumlah RM21.57 juta (21.6%) diikuti Selangor RM1.574 juta (15.7%), Kelantan RM9.73 juta (9.7%).
Semakan seterusnya di enam negeri iaitu Sabah, Kedah, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan dan Selangor mendapati pembiayaan tertunggak setakat Disember 2009 bagi negeri itu berjumlah RM2.81 juta dan Sabah mempunyai pembiayaan tertunggak yang tertinggi RM0.94 juta atau 33%.
Di samping itu, MARA turut disaran mengambil tindakan tegas bagi memastikan peminjam membuat bayaran balik pinjaman mengikut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan