KUALA LUMPUR: Usul Wanita Umno dalam perhimpunan kali ini memfokuskan penglibatan 30 peratus wanita pembuat dasar dalam ekonomi berpendapatan tinggi.
Wakil Kelantan Rahimah Mohamed, mahu pucuk pimpinan terus memberi dan menambah peluang sekurang-kurangnya 30 peratus kepada wanita di semua pembuat dasar dan sektor pembangunan negara dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10.
Wakil Perlis, Dr Suraya Azmi mengusulkan agar diwujudkan satu pelan Tindakan Perdagangan dan Perindustrian Wanita Melayu/Bumiputera yang dipantau oleh Jawatankuasa ‘Pemandu’ Khas.
IIa bagi memastikan peluang dan insentif untuk mencapai matlamat sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita dalam sektor ekonomi berpendapatan tinggi.
Usul-usul lain yang turut diketengahkan termasuklah; mahu kerajaan mewujudkan satu sistem kawalan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Usul yang dibawa Rahimah itu mahu diwujudkan sistem kawalan melalui undang-undang siber dan penguatkuasaan untuk mengawal anasir yang boleh menggugat kestabilan sosio-politik,keselamatan dan ketenteraman negara.
Dalam pada itu, usul Dr Soraya turut mengetengahkan mengenai satu badan khas yang komprehensif diwujudkan untuk memantau dan membantu meningkatkan prestasi pencapaian kemahiran serta profesionalisme graduan Melayu/Bumiputera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan