Oleh: ROPIKAH AHMADKETUA Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin melihat Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang akan menjadi calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin.
Katanya, Teck Lee adalah seorang calon yang telah berada dalam banyak parti, selalu melompat-lompat, berbelit-belit dan tidak berpendirian selain selalu membuat kenyataan berbeza-beza.
“Semua orang tahu siapa Teck Lee dan bagaimana dia berperanan sebagai seorang individu yang gemar mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri sendiri,” katanya.
Ujar Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar memberitahu bahawa peribadi Teck Lee sendiri telah menjadi bukti bahawa dirinya tidak layak bergelar pemimpin.
“Dia adalah seorang yang cukup terkenal di negeri Sabah sebagai seorang ahli politik yang pandai mengambil kesempatan atas kesempitan,” katanya.
Tegas Rosnah lagi, Sabah tidak perlukan pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri seperti Yong Teck Lee.
Yong Teck Lee telah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985 dan mula terlibat secara serius dalam dunia politik sehingga diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989.
Teck Lee kemudian bertindak meninggalkan parti dan pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum bagi menyaingi PBS.
Teck Lee berhadapan dengan perbicaraan Mahkamah Pilihan Raya apabila didakwa terbabit melanggar peraturan semasa kempen pilihan raya keputusan Mahkamah Pilihan Raya memutuskan beliau bersalah. Beliau tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun sehingga tempoh larangan itu pada 2007.
36 ulasan:
YTL mungkin tidak disukai oleh rakyat kerana dianggap tidak berpendirian dan tindakannya yang tidak mempunyai semangat setiakawan...
Memang aku tidak begitu menyokong Yong, tapi saya bukan pengundi Batu Sapi, biarlah pengundi Batu Sapi yang menentukan adakah mereka mahu Yong sebagai pemimpin.
Kita tengoklah bagaimana dengan keputusan pengundi selepas PRK nanti.
kenyataan ini pasti memberi tamparan hebat kepada YTL sebagai calon SAPP di Batu Sapi. samada kenyataan ini memberi kesan kepada YTL atau tidak, saya harap YTL terimalah kenyataan itu seadanya kerana rakyat juga mempunyai pandangan yang sama seperti Datuk Rosnah terhadap YTL.
dalam politik sukar kita menjangkakan tahap sokongan rakyat terhadap seseorang pemimpin kerana ia bergantung kepada pendirian rakyat. sebaik2nya elakkan dari menggunakan serangan peribadi dalam meraih sokongan rakyat, kerana rakyat lebih tertarik dengan tindakan oleh mana2 parti dalam memperjuangkan nasib rakyat dan negara.
Saya betul2x hairanlah kenapa YTL dipilih untuk menjadi calon SAPP.
Saya harap pengundi akan memngundi yang terbaik untuk mereka kerana masa depan mereka adalah di tangan mereka sendiri.
yong Teck Lee pernah menjadi ketua Menteri Sabah pada tahun 1996 dan semasa pemerintahanya, SAS mengalami kerugian besar. kita sendiri menilai samada dia layak atau tak menjadi pemimpin.
Kalau saya pengundi batu sapi, saya lebih rela mengundi PKR ataupun BN daripada SAPP kerana berdasarkan prestasi YTL sebagai KM tahun2x yang lepas, ia menunjukkan YTl tidak layak menjadi pemimpin.
YTL memang kita boleh nampak seorang yang tidak ada pendirian sendiri. Kita tidak nafikan semua itu. YTL selalu lompat-lompat parti. Sekarang SAPP menjadi pembangkang.
pengundi Batu Sapi perlu menilai dengan bijak dan memilih parti yang mampu memimpin mereka dan berjasa kepada mereka.
Memang ramai orang tahu bahawa YTL memang tidak layak menjadi pemimpin. Tidak ada pendirian yang tetap bagi beliau.
Sekarang YTL mahu menawan Batu Sapi? YTL mahu menjadi pemimpin Sabah. Memang susah Sabah jika beliau yang menjadi pemimpin. Memang betul kata-kata dalam artikel ini. YTL tidak layan jadi pemimpin.
Kita tidak tahu pendapat bagi setiap orang untuk YTL. Kalau bagi saya pula, memang saya setuju dengan artikel ini. Seorang yang tidak ada pendirian tidak pantas untuk menjadi pemimpin. Ini akan menyusahkan rakyat kelak. Tidak pasti keputusan mahu dibuat, tidak dapat membuat keputusan, mudah terima kata-kata orang lain. Ini kerana dia tidak ada pendirian sendiri. Tidak mustahil perkara sedemikian berlaku kan??oleh itu sebelum berlaku lebih baik mencegah semua ini.
setiop orang ada penilaian sendiri mengenai Yong Teck Lee, bagi saya, saya kurang yakin dng kepimpinan dia yang sering berubah ubah. kita perlukan pemimpin yang berpendirian teguh.
Apa2 pun, semua parti haruslah bekerja keras menawan hati penduduk Batu Sapi sekarang demi mendapat undi. Sungguh pun ini merupakan pilihanraya kecil sahaja, impak yang akan diterima oleh parti mana yang menang akan mempengaruhi dunia politik Malaysia.
Bagi saya YTL layak menjadi seorang pemimpin, cuma ciri-ciri pemimpin yang patut ada dalam diri seorang pemimpin yang beliau kurang. Sama ada kita suka atau tidak, diharap YTL sekurang-kurangnya akan menewaskan PKR!
YTL memang tak layak jadi pemimpin..yang rasa YTL layak itu kerana sudah dibasuh otaknya.
YTL hanya tahu menjaga kepentingan politiknya..lihat saja pada sejarah politik beliau..inikah yang dilihat mahu memimpin sabah? sedangkan masa beliau menjadi KM pun nasib baik sabah tidak bankrap.
YTL menjadi PRK batu sapi sebagai pengukur sejauh mana beliau masih relevan dalam dunia politik sabah sebelum meneruskan hasrat beliau untuk menjadi KM.
YTL ingin membuktikan bahawa beliau memperjuangkan hak sabah dan diterima rakyat dengan menolak harapan Anwar agar PKR diberi laluan..inilah masanya bagi YTL membuktikan sama ada beliau layak atau tak menjadi pemimpin.
Layak ka tak layak tu biarlah pengundi tentukan.. susah juga mo komen. huhu
Setuju Jonny.. Biarlah pengundi BS yang buat keputusan... Mereka lebih tahu apa yang terbaik utk BS.
Jadi sebagai pemerhati luar pendek kata bukan pengundi, sama-samalah kita lihat siapa yang menang nanti.
Semoga YTL mendengar keluhan ataupun ketidakpuasan hati rakyat terhadap sikap beliau yang kurang pendirian... Mana tau ada yang boleh diperbaiki. hehe
Kepada para pengundi di BS, jalankan t/jawab anda sebaik mungikn. Undilah pemimpin yang benar2 berjiwa rakyat!
Tidak faham kenapa ramai pemimpin UMNO yang suka membuat kenyataan yang memberi ruang kepada pihak lawan mengkritik. Datuk Rosnah mengatakan YTL telah berada dalam banyak parti dan selalu melompat. Kenyataan ini menyusahkan pemimpin UMNO yang yang melompat dari parti lain seperti Datuk Lajim.
Biarlah rakyat Batu Sapi menentukan siapa yang layak jadi pemimpin mereka.
Yong Teck Lee tidak layak? Jangan cakap begitu nanti penyokong Yong marah.
Siapa layak jadi pemimpin jika bukan dari izin Tuhan sudah tentu dia sudah disingkirkan.
Siapa pemimpin yang layak? Tanya rakyat Sabah, anda akan dapat jawapan.
Kelayakan seseorang itu tertakluk pada ciri-ciri tertentu.
YTL hanya tau bertelingkah dengan yang lain. Perjuangan utamanya adalah untuk dirinya dulu.
Sure he is not the best one to fight for us.
Kelantangan dia bersuara memang bukan asing lagi namun kepincangan amat ketara terutama dalam pentadbiran.
YTL hanya tahu bercakap tanpa henti.
Catat Ulasan