HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Mac 2011

Risda nafi tempah, biaya bilik di Carcosa Seri Negara

BERNAMA

KUALA LUMPUR— Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini menafikan terlibat dengan pendedahan video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang.

Pengurusan Risda dalam satu kenyataan turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir pihak bahawa Risda turut terlibat dalam penempahan dan pembiayaan bilik perundingan di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo yang digunakan untuk menayangkan video berkenaan kepada wartawan serta beberapa individu lain.

“Kami ingin menegaskan bahawa Risda tidak terlibat atau berkait langsung dengan isu ini dan tidak pernah membuat sebarang tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara atau hotel lain,” kata kenyataan tersebut yang ditandatangani Ketua Unit Komunikasi Korporat Risda, Halimah Abd Kadir.

Tiada ulasan: