HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Mac 2011

‘Najib’ dalang skandal video seks ‘Anwar’?

Klip video ini menunjukkan PM sebagai dalang konspirasi klip video Datuk T.

PETALING JAYA: Tatkala masyarakat negara ini gempar dengan klip video seks ahli politik yang seiras dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu lagi klip video muncul di Youtube.

Klip video sepanjang 3 minit 53 saat ini cuba menunjukkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai dalang di sebalik konspirasi klip video yang ditayangkan oleh Datuk T tempoh hari.

Klip ini dimuatnaik oleh pemegang akaun bernama ‘suaramerdeka’. Sedutan klip ini diambil dari sebuah filem pada zaman Hitler sebagai pemimpin negara Jerman.

Meskipun dialog yang diucapkan ialah dalam Bahasa Jerman, sari kata yang tertera ialah dalam Bahasa Malaysia.

Berdasarkan sarikata, ‘Najib’ digambarkan sebagai Hitler yang memarahi tiga watak lain – Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato Shuib Lazim dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

“Orang lain sila keluar sekarang, kecuali, Dato Eskay, Tamby Chik sama Dato Shuib.”

Tidak yakin BN menang di Sarawak

Sarikata yang tertera memberi gambaran seolah-olah ‘Najib’ memulakan skandal video seks terhadap ‘Anwar’ kerana tidak yakin Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dapat memastikan Sarawak kekal dikuasai Barisan Nasional.

Watak ‘Najib’ kemudian memarahi kumpulan orang di sekitarnya menghasilkan klip video seks ‘Anwar’ hitam putih kerana rakyat tidak mempercayainya.

“Kamu semua ni bodoh macam lembu. Aku dah cakap jangan pakai video hitam putih…! Aku dah cakap pakai CCTV jenis HD, kasi warna, bukan hitam putih…”

‘Najib’ turut mengkritik wanita pelacur yang muncul di dalam klip video keluaran Datuk T.

“Dah la tu pelakon betina tak cun.. Tak macam, Altantuya, oi, korang tak pernah tengok ke, Altantuya macam mana?”

Tiada ulasan: