HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Mac 2011

Hapus tol: BN dakwa pelaburan rakyat jadi taruhan

BERNAMA

Cadangan Pakatan Rakyat untuk mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil alih konsesi lebuh raya di negara ini dengan tujuan untuk menghapuskan tol seperti yang termaktub di dalam Buku Jingga, diibaratkan indah khabar dari rupa.

kwsp epf logoIni kerana, mungkin ramai yang tidak tahu atau menyedari bahawa KWSP, sebuah institusi keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan secara cekap adalah antara pemegang saham di dalam kebanyakan syarikat konsesi lebuh raya yang ada di negara ini.

Jadi, sudah tentunya caruman bulanan ahlinya akan dilaburkan KWSP ke dalam syarikat pengendali lebuh raya ini dengan tujuan menghasilkan pendapatan atau dividen yang dijamin sebanyak 2.5 peratus setahun.

duke expressway highway close barrier access road kampung puah 140109 03Jika cadangan pembangkang dilaksanakan, tidak mungkin KWSP mampu menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus kepada ahlinya dan ia sudah tentunya merugikan para pencarumnya.

Pada 20 Feb lalu, KWSP mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

anti corruption day 091205 samsudin osmanPengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman dilaporkan berkata bahawa pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti.

Katanya suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi, membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun.

Umum mungkin tidak mengetahui antara syarikat konsesi tol yang mempunyai saham KWSP ialah Lebuhraya Plus, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua (Malaysia) Berhad (Linkedua), Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di bawah MTD Group, Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), Besraya (M) Sdn Bhd dan Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd (LEKAS) di bawah IJM.

Hilang punca pencarian

plus highway sg besi 180205 aerial view 01Majoriti rakyat di negara ini yang bekerja dan mencarum dengan KWSP sudah tentunya pernah melalui lebuh raya berkenaan dan menerusi penggunaan lebuh raya yang kerap oleh rakyat, ia dilihat mampu menjana pulangan kadar dividen yang tinggi oleh KWSP untuk ahlinya, ekoran keuntungan yang dicatat oleh syarikat konsesi tol tersebut.

Selain itu, cadangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan tol yang dikendalikan kira-kira 19 syarikat konsesi juga turut menyebabkan, mereka yang bekerja di sektor berkenaan hilang punca pencarian dan sekaligus akan meningkatkan kadar pengangguran di negara ini.

Bagaimanapun, fakta-fakta sebegini tidak dijelaskan Pakatan Rakyat kepada rakyat dalam Buku Jingga mereka.

ummo youth pc 100306 abdul rahman dahlanSeorang penyokong kerajaan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata dasar Pakatan Rakyat yang mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham di 19 syarikat konsesi lebuh raya dijangka akan melibatkan kos tidak kurang daripada RM50 bilion.

"Angka RM50 bilion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah daripada RM50 bilion.

"Satu lagi aspek yang tidak dibincangkan dalam Buku Jingga ialah mereka (Pakatan Rakyat) tidak memberitahu kepada rakyat bahawa antara pemegang saham terbesar contohnya dalam Plus Highway ialah KWSP. Dari situlah KWSP mendapat pulangan kepada pencarumnya melalui pendapatan dan keuntungan daripada tol," katanya kepada Bernama, hari ini.

Malaysia akan bankrap

Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen Kota Belud daripada Barisan Nasional (BN) berkata jika agenda yang termaktub dalam Buku Jingga dilaksanakan, Malaysia akan bankrap dalam masa dua tahun sekiranya pakatan itu diberi peluang menerajui Putrajaya.

NONEAnggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan cadangan pembangkang itu akan menjuruskan negara ke arah hutang yang tidak terkawal dan bebanan kewangan yang tinggi.

"Kita kena sedar bahawa dana KWSP itu bukan kepunyaan KWSP. Ia kepunyaan semua pencarum-pencarum yang bertujuan dipulangkan kepada mereka apabila sudah bersara nanti. Pembangkang ini bangkitkan seolah duit KWSP itu kerajaan yang punya," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tindakan itu juga akan menyebabkan negara terpaksa berdepan dengan krisis kewangan seperti mana yang berlaku kepada Greece.

athens greece riot calm 121208 02"Mungkin Pakatan Rakyat ini mampu melakukannya dengan cara mendapatkan bantuan kewangan daripada luar negara. Kita tahu ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sekarang ini mempunyai hubungan yang akrab dengan beberapa kerajaan di luar negara, yang mungkin telah memberi komitmen untuk membantu beliau sekiranya beliau berjaya dalam usaha menawan Putrajaya seperti yang diidam-idamkan.

Hilang kedaulatan

"Dengan tindakan tersebut, (negara) kita akan hilang kedaulatan. Bila sebut perbelanjaan yang begitu besar, mesti ada sumbernya. Duit ini tak boleh kita cetak sebanyak yang mungkin seperti yang berlaku di Amerika Syarikat apabila tak cukup dia cetak lebih banyak dolar," katanya.

bung mokhtar parliament 080708 03Justeru, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan ndustri berkata untuk mengatasi bebanan kewangan, adalah tidak mustahil negara erpaksa meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin enyifatkan cadangan tersebut hanyalah janji kosong pembangkang dalam usaha eraih undi rakyat bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Pembangkang ini dia boleh janji apa sahaja kerana dia bukan kerajaan pusat ada waktu ini. Jika dia dah jadi kerajaan pusat, maka tidak mustahil negara kan bankrap kerana dalam Buku Jingga pun mereka tak beritahu mana datangnya umber mereka," katanya.

Pakatan Rakayat memperkenalkan agnda mereka yang dikenali sebagai Buku ingga pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lalu. Buku Jingga urut menggariskan agenda pada 100 hari pertama pentadbiran Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang menerajui negara.

NONEAntara yang dicadangkan ialah mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan sistem pentadbiran kerajaan dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Turut dicadangkan ialah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.


Tiada ulasan: