ALOR SETAR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kaum Cina dan India melihat daripada sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.
Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor berkata, perjuangan Perkasa tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.
“Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini. Perkasa Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu,” katanya dipetik Bernama Online.
Syed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.
Katanya Perkasa akan melancarkan kempen “1Bumi 1Melayu” pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan