Rasanya semua dah tahu pasal penjualan Nasi lemak yang mendapat larangan untuk dijual di kantin-kantin sekolah kerana dikatakan punca anak-anak menjadi obesiti.Siapa punya idea ni?
Kami memang tidak berapa bersetuju dengan tindakan mengenakan larangan terhadap penjualan nasi lemak di sekolah.Tetapi kami lebih tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa nasi lemak di kantin sekolah adalah punca obesiti.Bagi kami, ia adalah tesis mengarut.
Pada pendapat kami, makanan segera yang dijual di luar sekolah lebih membahayakan dan terbukti diantara menjadi punca utama anak-anak menjadi obesiti.Bukan hanya kerana Nasi Lemak.Sikap ibu-bapa yang tidak menjaga pemakanan anak-anak yang sebenarnya menjadi pendorong anak-anak tersebut menggilai makanan segera.
Disebabkan sibuk dengan kerja, ibu bapa terlepas pandang aspek pemakanan sihat dan menyebabkan anak-anak terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi.Ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan