Hazlan Zakaria
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apabila beliau menawarkan kepada gabungan BERSIH 2.0 untuk menggunakan stadium bagi perhimpunan mereka dan tidak berarak di jalanan, yang dimaksudkannya ialah stadium Melawati Shah Alam di Selangor.Katanya, memandangkan gabungan itu mahu mengumpul
100,000 orang dan stadium tersebut jauh dari Kuala Lumpur, maka ia dapat mengelak sebarang kehilangan nyawa atau kerosakan kepada harta-benda.
Bagaimanapun, katanya, tawaran itu ditolak dan mereka bertegas untuk berarak di jalanan dan mahu Stadium Merdeka.
Najib memberitahu demikian ketika berucap menutup sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia KL Hilton Sentral.
PM mendakwa tawaran untuk berhimpun di stadium tersebut adalah bukti tidak ada percubaan untuk menekankan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Oleh itu, katannya, ia adalah satu anggapan yang salah untuk mengatakan bahawa kerajaan tidak membenarkannya.
Sebaliknya, dakwa Najib, pihaknya membenarkan ruang untuk perbezaan pendapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan