MALAYSIA KINI
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbangkan sama ada akan membebaskan atau tidak tujuh anggota Jabatan Imigresen yang sedang ditahan di bawah ISA kerana terlibat di dalam aktiviti pemerdagangan manusia.Ketujuh-tujuh anggota Jabatan Imigresen itu ditahan polis pada tahun lepas.
"Saya sedang timbang (untuk membebaskan mereka), mungkin sudah bertaubat dan mahu bersama keluarga sempena Ramadan, tetapi (sama ada) lepas atau tidak ia berdasarkan maklumat polis," katanya menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas majlis penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Sembrong di Nyior hari ini.
Isu terbabit katanya, adalah berdasarkan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, dan sebarang keputusan mengenainya dibuat mengikut pertimbangan keselamatan dan ketenteraman awam.
Katanya, sindiket pemerdagangan manusia mengaut keuntungan daripada aktiviti haram itu.
"Jikalau 500,000 warga Bangladesh yang berada secara haram di negara ini membayar RM10,000 setiap seorang kepada sindiket, maka jumlah keseluruhan mencecah RM5 bilion," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan