HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Ogos 2011

Pusat Penjagaan kanak-kanak Melayu di Gereja?

KL POS

KUALA LUMPUR - Sebuah akhbar tempatan telah melaporkan telah mengesan beberapa anak Melayu dihantar ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di sebuah Gereja sekitar Selangor.

Malah akhbar Harian Metro hari ini juga mengenalpasti terdapat seorang doktor Melayu yang menghantar anak-anak beliau ke sebuah Gereja yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Isu ini yang turut dilapor di dalam rakan portal Malaysian Insiden menjelaskan, doktor tersebut telah menhantar 5 orang anaknya itu kerana menghadapi krisis rumah tangga bersama isteri beliau.

Sementara itu, kajian dan temuramah wartawan terhadap pelanggan ahbar Harian Metro pagi tadi memberi kenyataan yang berbeza-beza.

Dikatakan bapa kepada kanak-kanak tersebut tidak berminat untuk menghantar anak mereka ke Pusat Penjagaan Knaak-Kanak beragama Islam walaupun telah ditawarkan pihak Pengurusan.

Isu Gereja di Selangor mendapat perhatian masyarakat setelah berlakunya penyerbuan dan penangkapan 12 orang Melayu yang menyertai sebuah Majlis di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya awal bulan ini.

Tiada ulasan: