HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Ogos 2011

SPR perlu daftar semula semua pengundi- Dr Tan

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA: Sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serius untuk membersihkan senarai pengundi meragukan, maka pendaftaran semula 10 juta pengundi di negara ini perlu dibuat semula, kata Pengarah Biro Disiplin Keadilan, Dr Tan Kwee Kwong.

Ini kerana banyak aduan berhubung kecacatan, kehilangan dan keraguan pada senarai pemilih dengan pendedahan terbaru empat bekas tentera yang memangkah undi pos untuk ribuan tentera, polis dan pasangan mereka.

“Kalau SPR serius untuk bersihkan senarai pengundi meragukan, maka 10 juta pengundi di negara ini perlu didaftarkan semula,” kata Dr Tan pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, hari ini.

Tiada ulasan: