Syed Abdullah Syed Osman |
Tidak patut dan tidak wajar bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) naikkan harga tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan Sabtu ini dan nampak agak gelojoh apabila tidak semena-mena harga tiket hanya RM30 selama ini dinaikkan RM50 dan jangan alasan yang diberikan pula kerana harga barang naik atau gaji sudah naik.peminat Negeri Sembilan pula. Pihak FAM mesti ambil kira pertamanya sukan ini adalah sukan 'kegilaan' rakyat di emua peringkat umur dan kemampuan seseorang itu.Keduanya bayangkanlah perbelanjaan untuk ke stadium lagi dan mungkin kos penginapan di hotel-hotel bagi mereka yang datang jauh dari negeri Terengganu dan tempat lain juga. Ketiganya janganlah hampakan hati peminat yang selama ini beransur-ansur telah dapat dipujuk kembali setelah kecewa dengan FAM dalam pelbagai kerenah selama ini dan keempat berhati mulialah FAM. Walaubagaimanapun memandangkan Kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk memberikan subsidi RM25 kenapa tidak Kerajaan Negeri Sembilan mengikut langkah yang sama kerana harga tiket RM50 adalah berat bagi peminat dan penyokong bola sepak 'Hobin Jang hobin' yang sentiasa tetap setia itu. |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 26 Oktober 2011
FAM gelojoh naik harga tiket
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan